PENGENALAN

Sunday, August 30, 2009

Assalamualaikum..w.r.t diucapkan kepada para pengunjung sekelian...

Setelah sekian lama blog ini terkubur tanpa batu nisan hampir setahun lebih, aku merasakan eloklah diberi sinar kembali kepadanya. Maka aku mebuat keputusan untuk mengambil alih admin blog ini yang mana pada asalnya dikendalikan oleh tiga lagi sahabat pengkritikku yang lain. Segala isi dan usul yang pernah terkandung dalam blog ini telah menimbulkan kesedaran, kemarahan, kesedihan dan kebingungan pada sesetengah individu. Tidak perlulah dikupas lebih lanjut apakah isi kandungannya sebelum ini, yang pasti matlamat utama blog ini telah tercapai walaupun telah menimbulkan banyak pro dan kontranya. Dikesempatan ini aku mewakili bekas sabahat pengkritikku untuk memohon jutaan kemaafan seandainya telah menyinggung perasaan kalian.

Setiap kejadian itu ada sunnatullah. Begitu juga dengan tujuan aku membuat blog ini. Melihat rakan-rakan seperjuanganku yang lain khusyuk dan giat dalam dunia blogger, aku rasakan amat rugi jika aku tidak turut serta bersama mereka. Masing-masing mempunyai matlamat dan hadaf tertentu. Aku tidak meletakkan matlamat yang agak tinggi daripada penulisan blog aku ini, cukuplah sekadar aku dapat berkongsi pengalaman, idea, dan pendapat tentang isu-isu semasa dan permasalahan-permasalahan yang melanda Umat Islam masa kini. Moga-moga dengan hasil penulisanku ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kalian.

Aku berharap dan berdoa agar niat dan matlamatku ini ikhlas kerana-Nya agar tidak menjadi sia-sia setaip penulisan yang bakal terhasil kelak. Semoga ia mampu mencapai keredhaan dan jauh daripada kemungkaran.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

☼☼☼ FLASH Al-QURAN ☼☼☼
Al-Quran Versi Flash
☼☼☼ ARRAHMAH.COM ☼☼☼
 
Esmaa3 Kalaami © 2009. Template renew and edited by in_saff03.