Hidup² aku kena tipu, atas daratan kering. Hahaha. Memang aku respek la 'ammu tu. Terima kasih kerana memberikan aku pengalaman yang sungguh indah itu.
Begini ceritanya, pada suatu petang, aku duduk mengaji di masjid Omar Ibnu Aziz (masjid tepi rumah aku je). Tiba-tiba datang seorang 'ammu kepada aku bertanya khabar serta membuat 'mesra alam'. Baru aku teringat bahawa aku dah pernah sembang dengan 'ammu tu dua minggu yang lepas. Juga di tempat dan waktu yang sama. Masa tu aku x berapa nak layan sangat dia tu sebab masa tu aku sibuk dengan study. So, hari tu x de hal la kalau aku nak 'layan' sembang dia tu. Lagipun pada pemikiran aku, 'ammu ni mesti orang baik sebab biasa solat di masjid.
Macam-macam lah yang kami bualkan hari tu. Majoriti persoalan yang ditujukan kepada aku adalah berkaitan dengan agama dari segi rukun Iman dan rukun Islamnya. Memang x keluar lansung soal duit mahupun hal² yang berkaitan dengan material duniawi. Seakan-akan dia kagum dengan orang Malaysia, walaupun kedudukan geografi jauh daripada bumi arab, namun dapat mengamalkan Islam dan membaca Al-Quran dengan baik. Pastu, dia pelawa aku makan tengah hari di rumahnya pada keesokan hari. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan aku dengan isteri dan anak²nya. Mula² aku tolak, sebab aku x berapa yakin dengan pelawaan orang arab ni. Tapi kelihatan memang dia bersungguh untuk itu. Siap ambil no. hest aku lagi tu. Ada juga dia tanya di rumah aku ada tv ke x? Aku jawablah tv x de, yang adanya komputer. Pastu, dia kata nak bagi aku sebiji tv. Sebab kat rumah dia dah ada 4 biji tv yang mana dia beli masa berada di Saudi. Aku layan je lah apa dia kata. Kalau x silap, dia kata dia pernah bekerja di Saudi dan dia dah menunaikan haji sebanyak 2 kali dan umrah sebanyak 6 kali sambil mencium jari dan telapak tangannya berulang-ulang kali. (memang tradisi dan adat orang arab buat macam ni). Kata putus dicapai, kami akan berjumpa di masjid Omar pada waktu Zohor keesokan hari dan dia akan membawa aku pergi ke rumahnya untuk makan tengah hari bersama keluarganya.
Dipendekkan cerita, pada keesokan harinya, belum sempat masuk waktu Zohor, dia dah datang menurutku di rumah. Pandai pulak dia cari rumah aku. Aku beranggapan mungkin dia ada hal selapas Zohor. Ternyata dia bersungguh. Sebelum kami bergerak, dia memberi aku senaskhah Al-Quran dan seuntai tasbih. Wahh, semakin kagum lagi musykil aku dibuatnya. Macam nak buat menantu pun ada ni. Hahaha. Disebabkan hset aku tiada kamera, dia menyuruh aku meminjam hset kawanku yang ada kamera. Tujuannya untuk bergambar bersama ahli keluarganya. Dia memberitahuku yang dia tinggal di Saiyidah Zainab dan dia memiliki sebuah kedai baju di Shoubra. Aku ingatkan rumahnya kat kawasan Shoubra. Nasib baik lah hati aku terdetik untuk membawa 2 3 keping duit syiling berjumlah 4 genih. Dia menunjukkan aku kunci kedainya, dan menyuruh aku memegangnya sebab dibimbangi dia akan tercicir. Sampai macam tu sekali.
Sampai di stesen metro Saiyidah Zaidah, aku dibawa ke Masjid Saiyidah Zainab yang tidak jauh dari situ memandangkan hampir masuk waktu Zohor. Dia menyuruh aku berdoa "Robbina najahni" yang maksudnya lebih kurang semoga Allah berjayakan aku. Hurmmm, semakin keliru aku dibuatnya. Apakah niat sebenarnya 'ammu tu? Aku makin rasa ingin tahu tapi aku tidak lupa untuk meminta perlindungan daripada Allah. Aku hanya mampu berserah dan menunggu apakah tindakan selanjutnya. Dalam Kitab Itqan bab Aqsaamu Al-Quran ada membritahu bahawa dalam Quran ada menyebut berkaitan berwaspada dengan kebaikan yang orang lakukan terhadap kita.
Aku solat Zohor disebelahnya. Ini menunjukkan dia sembahyang. Tapi jika dia hanya berlakon, itu urusan dia dengan Allah SWT. Selesai solat, dia menyuruh aku menziarahi maqam Saiyidah Zainab dan memasukkan duit ke dalam tabung khairat masjid tersebut. Dia berkata, jika aku mahu mengambil gambar dikawasan maqam tu, ambil la. Tiada masalah. Kemudian, dia menyuruh aku untuk menunggu selama lebih kurang satu jam sebelum ke rumahnya. Mungkin ada masalah agaknya. Sementara menunggunya, dia meminta aku agar membaca surah Al-Kahfi, Yasin, dan Al-Mulk. Kemudian, dia mengambil hsetku. Katanya, dia ingin mencas baterinya. Aku x kisah sangat andai kata dia melarikan hset aku tu sebab harganya pun memang x sampai seratus genih. Jika ditakdirkan hset tu beralih hak milik pada hari tu, aku redha je lah. Mana taknya, tadi aku telah dihadiahi senaskhah Al-Quran, diajak ditambah dengan solat berjemaah di masjid Saiyidah Zainab, bertawasul di maqam Saiyidah Zainab, dan sekarang ni, tanganku memegang Al-Quran untuk dibaca 3 surah tadi. Ada juga dia mengambil hset kawanku yang ada kamera tu untuk mengambil gambar di dalam masjid tu. Tapi alhamdulillah, dia x reti nak guna, jadi aku x bagi dia pegang lama hset tu.Terus aku ambil kembali hset tu. Hset tu jenis touch screen. Nak buka keypack pun x dapat. Inikan pula nak ambil gambar. Haha. Kalau stakat hset aku yang hilang, ok lagi, tapi kalau hset member aku tu pun turut hilang, menangis x berlagulah aku jawabnya.
Pastu dia minta semua duit yang ada dengan aku. Katanya untuk dimasukkan ke dalam tabung khairat tadi. Lagi banyak aku sedekah, lagi baik. Memang betul lagi tepat katanya tu, tapi macam mana aku nak balik kalau terjadi sesuatu nanti? Dia kata tak apa, sebab dia akan balik bersamaku ke Shoubra nanti. Naluriku membiskkan kepadaku bahawa aku perlu juga simpan sekurang-kurangnya segenih bersamaku. Aku teruskan mengaji. Aku tawakkal bulat² pada Allah. Jika dia datang, alhamdulillah, jika x pun, aku balik je sorang². Hehe. Tak sampai 2 minit, dia datang balik kemudian ajak aku keluar bersamanya. Aku berpendapat, makanan dah siap kot. Huhu.
Dia kata dia nak beli sedekit roti untuk dibawa pulang. Dalam perjalanan yang kononya ke kedai roti, sempat lagi ajak aku singgah di kedai syai (teh). Aku pun ikut je la. 2 gelas kopi dimintanya. Sekali lagi dia ingin meminjam hset kawanku itu untuk menelefon anaknya. Aku hairan, bukan ke hset aku ada dengannya?? Dia memberitahuku yang hset aku tu sedang dicas di masjid tadi. ooo, begitu. Layan je. Aku tolong mendailkan no untuknya dan aku mendengar dia berbual di mana dia menyuruh anaknya mengambil kami di masjid tadi dengan kereta secepat mungkin. Aik? ada kereta jugak 'ammu ni. Layan lagi. Semakin aku ingin tahu, apa dia nak sebenarnya dan apa tindakan selanjutnya. Belum sempat kopinya habis diminum, dia menyuruhku agar tunggu distu sekejap kerana dia ingin pergi membeli roti. Jeng jeng jeng....
Hampir sejam aku menuggu macam tunggul kayu dikedai tu. Ingin saja aku blah, tapi masalahnya duit aku ade cukup² segenih untuk tambang metro. 2 gelas kopi tu macam mana nak settle?? Hahaha.. Berkacip aku. Tuan kedai dah banyak kali usha aku, cuma aku je yang buat² x nampak. Sampai satu tahap tu, tuan kedai tu datang kat aku dan tanya aku ke mana perginya kawan aku tadi tu? Aku pun tersengih la sambil tangan menggaru kepala yang sememangnya tidak gatal. Aku bagitahu dia yang 'ammu tu kata nak pergi beli roti, tapi aku rasa dia dah lari dah. Tidak dapat tidak, aku lah orang yang bertanggungjawab membayar bil sebanyak 3 genih tu. Aku terus terang kat 'ammu tu yang aku hanya ada segenih sekarang ni, tapi duit ni aku kena simpan sebab aku nak beli tiket untuk pulang ke Shoubra. Aku pun cuba tawarkan dia dompet aku. Aku x kisah sangat sebab dompet tu pun adalah hasil peninggalan orang² lama dan aku yakin harganya memang x sampai 5 genih. Tambahan pula dompet tu pun dah agak uzur. Kalau jual, dapat nus genih pun dah cukup baek. Haha. Alhamdulillah, tuan kedai tu setuju. Sambil menghulurkan dompet kosong kat tuan kedai tu, aku meminta maaf berulang-ulang kali dan berterima kasih banyak² padanya.
Hampir sejam lagi nak masuk waktu Asar. Alang² dah ada kat Saiyidah Zainab tu, elok juga aku i'tikaf dulu di Masjid Saiyidah Zainab tu. Boleh juga aku habiskan 3 surah yang 'ammu tu suruh aku baca tadi. Moga² sampai pahala kat dia. Hehe.
Nak kata aku kecewa, x jugak. Sebaliknya bila teringat balik kisah ni, aku jadi tersenyum. Kagum dengan usaha yang ditunjukkan oleh 'ammu tu. Mungkin juga disebabkan aku tidak mengalami kerugian yang agak besar dan hset kawanku tu pun terselamat. Apa yang lagi penting, pengalaman baru yang aku dapat. Bukan senang tu. Haha. Daripada peristiwa ini juga, aku dapat pelajari bahawa setiap masalah dan ujian yang Allah timpakan kepada kita, pasti akan disertakan dengan jalan keluar. Cuma kita yang harus yakin, sabar dan meminta petunjuk daripada-Nya agar ditunjukkan jalan terbaik untuk keluar daripada permasalahan tersebut.
Wallahu'alam.