Tragedi 1 Julai 2009

Friday, November 6, 2009

Satu peristiwa yang boleh dikatakan masih baru berlaku iaitu pada 1 Julai 2009. Mengapa dengan tarikh ni? Micheal Jackson meninggal ke? Haa, itu antaranya. Tapi apa yang lebih patut dan sememangnya patut untuk kita lebih ambil tahu ialah tragedi yang telah menimpa Allahuyarhamuha Dr. Marwa.

Siapakah beliau dan apa yang telah terjadi kepadanya? Sememangnya entri kali ini masih bersangkutan dengan entri yang sebelum ini Benarkah Islam Itu Pengganas? Walaupun ramai yang sudah tahu namun lebih ramai lagi orang yang tidak tahu pasalnya. Aku sendiri pun baru sahaja mengetahuinya seminggu yang lalu hasil maklumat yang telah diberikan oleh sahabat bloggerku. Terima kasih ku ucapkan padanya kerana telah mengeluarkan isu ini.

Pada 1 Julai 2009, Dr. Marwa El-Sherbini telah ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang lelaki warga Jerman di dalam sebuah mahkamah di hadapan suami dan anaknya yang berumur 3 tahun. Juga pada waktu itu, beliau mengandung tiga bulan. Suaminya yang cuba menyelamatkan isterinya itu telah ditembak oleh pihak keselamatan dan kemudiannya turut ditikam oleh lelaki warga Jerman tadi sebanyak tiga kali. Menurut penyataan media, pihak keselamatan itu telah tersilap orang dengan menyangka suaminya itu adalah orang yang menyerang Dr. Marwa.

Kesalahan yang di dakwa terhadap Dr. Marwa adalah kerana beliau memakai hijab!!! Pembunuh itu mendakwa Dr. Marwa adalah seorang pengganas(terrorist) hanya kerana baliau memakai hijab.





Korang mesti sakit hati kan? Alhamdulillah, korang masih lagi bergelar Ummat Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan para syuhada'.

Wallahua'lam.

12 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

tuggulah pembalasan dari allah terhadap kezaliman mereka yang tak berperikemanuaan nie..

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

Salam...em..sye dpt th cite ni awl sem ni,dan sye citekan pde kawan sye..nagis die..mmg tlh mencarikkan hti seorg wnita..t'llu kjm,Moge Rohnya D'Rhmati sllu..dan pde yg m'aniayai dn kjm pde yg lain akn menerime azbnye nnt..

~UmmU SoLehah~ said...

sedihnye..

Semoga dia dalam Rahmat Allah di sana..

kejamnya orang2 yg membenci Islam tak dpt nk dibayang ngan kata2..

Umat Islam seharusnya bersatu dlm ape keadaan skalipun.. jgn kita hanya mnjadi penonton kpd kezaliman.. persiapkan dri menjadi ummah yg cemerlang agr tidak dianiaya dan dizalimi sesuka hati..

Duan said...

to Putra Al-Maliki :

Sesungguhnya Allah melaknat kaum² yg zalim...

to Nur_Ma"Khairatun hisan :

Alhamdulillah... Semoga setiap titisan air mata yg mengalir akan menjadi saksi dan syafaat buat mereka...
Insya-Allah...
Biarpun terlepas kat dunia, tpi x akan terlepas kat Akhirat...

to ~ana SoLehah~ :

betul tu...
ni antara kezaliman yg nampak...
yg kita x tahu, lagi banyak lagi...
paling penting doa...

...Nur Insan..... said...

smga wanita2 islam m'sia yg tdk dihalang memakai hijab terbuka hati untk memakainya...

p/s:ambl lh iktibar wahai kaum hwa, dan sahbtku sekalian...

Duan said...

tu la..
kan lagi manis jika berhijab..
tpi yg lbh penting, tuntutan syariat tertunai..

ILA HonEyBuNNy said...

sedey la.....setiap kejahatan pastia ada pembalsn...

Duan said...

pasti...
walaupun kejahatan mahupun kebaikan sebesar zarah..

...Nur Insan..... said...
This comment has been removed by the author.
...Nur Insan..... said...

dah t'tunai syariat andai tdk memakai hijab??...
(mungkn ada sdkit slah fhm kot..)
hijab yg ana mksdkn adalh 'tudung biasa' mngikut istilah indonesia dan yg menutup aurat tpi tdk menutup muka(t'pngaruh dgn sinetron indon agknya)...
atau ana yg salah istilah...

Duan said...

ha ah..
betul la tu..
mmg ana maksudkan mcm tu jugak..
yg menutup muke tu ana biasenye guna istilah purdah @ niqob..

mungkin ada salah faham kot,
tapi maksud ana, pakai tudung tu kan wajib, jadi bila kita mmakainya, tertunailah satu kewajipan kita..

...Nur Insan..... said...

o..cmtu yew=)..
terima kasih ats pnjelasan...
maaf ats kekhilafan=)..

☼☼☼ FLASH Al-QURAN ☼☼☼
Al-Quran Versi Flash
☼☼☼ ARRAHMAH.COM ☼☼☼
 
Esmaa3 Kalaami © 2009. Template renew and edited by in_saff03.