Memang Aku Tabik Ke Arab

Thursday, July 15, 2010

Peristiwa yang aku lalui 2 hari yang lepas hanya boleh membuatkanku tersenyum walaupun jauh disudut hatiku bengang lagi kecewa. Antara perkara yang aku selalu minta dijauhkan, akhirnya berlaku juga padaku. Percaya atau tidak, perkara dah berlaku, jadi terpaksa terima dan redha la.
Hidup² aku kena tipu, atas daratan kering. Hahaha. Memang aku respek la 'ammu tu. Terima kasih kerana memberikan aku pengalaman yang sungguh indah itu.

Begini ceritanya, pada suatu petang, aku duduk mengaji di masjid Omar Ibnu Aziz (masjid tepi rumah aku je). Tiba-tiba datang seorang 'ammu kepada aku bertanya khabar serta membuat 'mesra alam'. Baru aku teringat bahawa aku dah pernah sembang dengan 'ammu tu dua minggu yang lepas. Juga di tempat dan waktu yang sama. Masa tu aku x berapa nak layan sangat dia tu sebab masa tu aku sibuk dengan study. So, hari tu x de hal la kalau aku nak 'layan' sembang dia tu. Lagipun pada pemikiran aku, 'ammu ni mesti orang baik sebab biasa solat di masjid.

Macam-macam lah yang kami bualkan hari tu. Majoriti persoalan yang ditujukan kepada aku adalah berkaitan dengan agama dari segi rukun Iman dan rukun Islamnya. Memang x keluar lansung soal duit mahupun hal² yang berkaitan dengan material duniawi. Seakan-akan dia kagum dengan orang Malaysia, walaupun kedudukan geografi jauh daripada bumi arab, namun dapat mengamalkan Islam dan membaca Al-Quran dengan baik. Pastu, dia pelawa aku makan tengah hari di rumahnya pada keesokan hari. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan aku dengan isteri dan anak²nya. Mula² aku tolak, sebab aku x berapa yakin dengan pelawaan orang arab ni. Tapi kelihatan memang dia bersungguh untuk itu. Siap ambil no. hest aku lagi tu. Ada juga dia tanya di rumah aku ada tv ke x? Aku jawablah tv x de, yang adanya komputer. Pastu, dia kata nak bagi aku sebiji tv. Sebab kat rumah dia dah ada 4 biji tv yang mana dia beli masa berada di Saudi. Aku layan je lah apa dia kata. Kalau x silap, dia kata dia pernah bekerja di Saudi dan dia dah menunaikan haji sebanyak 2 kali dan umrah sebanyak 6 kali sambil mencium jari dan telapak tangannya berulang-ulang kali. (memang tradisi dan adat orang arab buat macam ni). Kata putus dicapai, kami akan berjumpa di masjid Omar pada waktu Zohor keesokan hari dan dia akan membawa aku pergi ke rumahnya untuk makan tengah hari bersama keluarganya.

Dipendekkan cerita, pada keesokan harinya, belum sempat masuk waktu Zohor, dia dah datang menurutku di rumah. Pandai pulak dia cari rumah aku. Aku beranggapan mungkin dia ada hal selapas Zohor. Ternyata dia bersungguh. Sebelum kami bergerak, dia memberi aku senaskhah Al-Quran dan seuntai tasbih. Wahh, semakin kagum lagi musykil aku dibuatnya. Macam nak buat menantu pun ada ni. Hahaha. Disebabkan hset aku tiada kamera, dia menyuruh aku meminjam hset kawanku yang ada kamera. Tujuannya untuk bergambar bersama ahli keluarganya. Dia memberitahuku yang dia tinggal di Saiyidah Zainab dan dia memiliki sebuah kedai baju di Shoubra. Aku ingatkan rumahnya kat kawasan Shoubra. Nasib baik lah hati aku terdetik untuk membawa 2 3 keping duit syiling berjumlah 4 genih. Dia menunjukkan aku kunci kedainya, dan menyuruh aku memegangnya sebab dibimbangi dia akan tercicir. Sampai macam tu sekali.

Sampai di stesen metro Saiyidah Zaidah, aku dibawa ke Masjid Saiyidah Zainab yang tidak jauh dari situ memandangkan hampir masuk waktu Zohor. Dia menyuruh aku berdoa "Robbina najahni" yang maksudnya lebih kurang semoga Allah berjayakan aku. Hurmmm, semakin keliru aku dibuatnya. Apakah niat sebenarnya 'ammu tu? Aku makin rasa ingin tahu tapi aku tidak lupa untuk meminta perlindungan daripada Allah. Aku hanya mampu berserah dan menunggu apakah tindakan selanjutnya. Dalam Kitab Itqan bab Aqsaamu Al-Quran ada membritahu bahawa dalam Quran ada menyebut berkaitan berwaspada dengan kebaikan yang orang lakukan terhadap kita.

Aku solat Zohor disebelahnya. Ini menunjukkan dia sembahyang. Tapi jika dia hanya berlakon, itu urusan dia dengan Allah SWT. Selesai solat, dia menyuruh aku menziarahi maqam Saiyidah Zainab dan memasukkan duit ke dalam tabung khairat masjid tersebut. Dia berkata, jika aku mahu mengambil gambar dikawasan maqam tu, ambil la. Tiada masalah. Kemudian, dia menyuruh aku untuk menunggu selama lebih kurang satu jam sebelum ke rumahnya. Mungkin ada masalah agaknya. Sementara menunggunya, dia meminta aku agar membaca surah Al-Kahfi, Yasin, dan Al-Mulk. Kemudian, dia mengambil hsetku. Katanya, dia ingin mencas baterinya. Aku x kisah sangat andai kata dia melarikan hset aku tu sebab harganya pun memang x sampai seratus genih. Jika ditakdirkan hset tu beralih hak milik pada hari tu, aku redha je lah. Mana taknya, tadi aku telah dihadiahi senaskhah Al-Quran, diajak ditambah dengan solat berjemaah di masjid Saiyidah Zainab, bertawasul di maqam Saiyidah Zainab, dan sekarang ni, tanganku memegang Al-Quran untuk dibaca 3 surah tadi. Ada juga dia mengambil hset kawanku yang ada kamera tu untuk mengambil gambar di dalam masjid tu. Tapi alhamdulillah, dia x reti nak guna, jadi aku x bagi dia pegang lama hset tu.Terus aku ambil kembali hset tu. Hset tu jenis touch screen. Nak buka keypack pun x dapat. Inikan pula nak ambil gambar. Haha. Kalau stakat hset aku yang hilang, ok lagi, tapi kalau hset member aku tu pun turut hilang, menangis x berlagulah aku jawabnya.

Pastu dia minta semua duit yang ada dengan aku. Katanya untuk dimasukkan ke dalam tabung khairat tadi. Lagi banyak aku sedekah, lagi baik. Memang betul lagi tepat katanya tu, tapi macam mana aku nak balik kalau terjadi sesuatu nanti? Dia kata tak apa, sebab dia akan balik bersamaku ke Shoubra nanti. Naluriku membiskkan kepadaku bahawa aku perlu juga simpan sekurang-kurangnya segenih bersamaku. Aku teruskan mengaji. Aku tawakkal bulat² pada Allah. Jika dia datang, alhamdulillah, jika x pun, aku balik je sorang². Hehe. Tak sampai 2 minit, dia datang balik kemudian ajak aku keluar bersamanya. Aku berpendapat, makanan dah siap kot. Huhu.

Dia kata dia nak beli sedekit roti untuk dibawa pulang. Dalam perjalanan yang kononya ke kedai roti, sempat lagi ajak aku singgah di kedai syai (teh). Aku pun ikut je la. 2 gelas kopi dimintanya. Sekali lagi dia ingin meminjam hset kawanku itu untuk menelefon anaknya. Aku hairan, bukan ke hset aku ada dengannya?? Dia memberitahuku yang hset aku tu sedang dicas di masjid tadi. ooo, begitu. Layan je. Aku tolong mendailkan no untuknya dan aku mendengar dia berbual di mana dia menyuruh anaknya mengambil kami di masjid tadi dengan kereta secepat mungkin. Aik? ada kereta jugak 'ammu ni. Layan lagi. Semakin aku ingin tahu, apa dia nak sebenarnya dan apa tindakan selanjutnya. Belum sempat kopinya habis diminum, dia menyuruhku agar tunggu distu sekejap kerana dia ingin pergi membeli roti. Jeng jeng jeng....

Hampir sejam aku menuggu macam tunggul kayu dikedai tu. Ingin saja aku blah, tapi masalahnya duit aku ade cukup² segenih untuk tambang metro. 2 gelas kopi tu macam mana nak settle?? Hahaha.. Berkacip aku. Tuan kedai dah banyak kali usha aku, cuma aku je yang buat² x nampak. Sampai satu tahap tu, tuan kedai tu datang kat aku dan tanya aku ke mana perginya kawan aku tadi tu? Aku pun tersengih la sambil tangan menggaru kepala yang sememangnya tidak gatal. Aku bagitahu dia yang 'ammu tu kata nak pergi beli roti, tapi aku rasa dia dah lari dah. Tidak dapat tidak, aku lah orang yang bertanggungjawab membayar bil sebanyak 3 genih tu. Aku terus terang kat 'ammu tu yang aku hanya ada segenih sekarang ni, tapi duit ni aku kena simpan sebab aku nak beli tiket untuk pulang ke Shoubra. Aku pun cuba tawarkan dia dompet aku. Aku x kisah sangat sebab dompet tu pun adalah hasil peninggalan orang² lama dan aku yakin harganya memang x sampai 5 genih. Tambahan pula dompet tu pun dah agak uzur. Kalau jual, dapat nus genih pun dah cukup baek. Haha. Alhamdulillah, tuan kedai tu setuju. Sambil menghulurkan dompet kosong kat tuan kedai tu, aku meminta maaf berulang-ulang kali dan berterima kasih banyak² padanya.

Hampir sejam lagi nak masuk waktu Asar. Alang² dah ada kat Saiyidah Zainab tu, elok juga aku i'tikaf dulu di Masjid Saiyidah Zainab tu. Boleh juga aku habiskan 3 surah yang 'ammu tu suruh aku baca tadi. Moga² sampai pahala kat dia. Hehe.

Nak kata aku kecewa, x jugak. Sebaliknya bila teringat balik kisah ni, aku jadi tersenyum. Kagum dengan usaha yang ditunjukkan oleh 'ammu tu. Mungkin juga disebabkan aku tidak mengalami kerugian yang agak besar dan hset kawanku tu pun terselamat. Apa yang lagi penting, pengalaman baru yang aku dapat. Bukan senang tu. Haha. Daripada peristiwa ini juga, aku dapat pelajari bahawa setiap masalah dan ujian yang Allah timpakan kepada kita, pasti akan disertakan dengan jalan keluar. Cuma kita yang harus yakin, sabar dan meminta petunjuk daripada-Nya agar ditunjukkan jalan terbaik untuk keluar daripada permasalahan tersebut.

Wallahu'alam.

[+/-] Read More...

Baru Nak Ambil

Sunday, July 11, 2010

Assalamualaikum...
Benarlah seperti yang diperkatakan oleh kawan-kawanku, jika hari tu sudah lama x update blog, ni lagi-lagi lah lama. Hehe. Tapi x kisahlah, mana yang lebih aula, harus kita uatamakan. Kan?

Hurmm, x tahu nak mulakannya balik mcm mana. Nak tinggalkan terus, rasa satu kerugian. Mungkin banyak sangat yang ingin diceritakan, sehingga tidak tahu untuk dimulakan dari mana.

Natijah pun belum diketahui, jadi belum lagi dapat menghembuskan nafas lega. Cuma yang boleh dilakukan hanyalah berdoa dan tawakkal kepada-Nya.

Ops, sebelum terlupa, nak ambik award dulu. Hehe. Award ni dah lama dah. Daripada bulan Mac hari tu lagi. Bukan sombong, tapi x sempat nak ambik. Sori...

Award ni daripada penulis blog Bangkit Kembali iaitu Cikgu Werdah. Syukran Jazilan atas award yang diberikan. Untuk makluman, ini kali pertama dapat award. Walaupun tidak begitu mengenali beliau, namun sudi juga menyenaraikan blog ini ke dalam senarai 15 beliau. Sangat-sangat dihargai dan terima kasih sekali lagi.

Tidak cukup dengan itu, award ini juga harus di pass kepada 15 blogger yang sering dilawati dan dirasakan menarik. Serba salah juga sebenarnya. Sebab award ni dah lama. Nanti apa pula kata mereka? Tidak dapat tidak, kena bagi juga lah. Kan nanti tidak memenuhi syarat untuk menerima award ni. Bukan dahagakan award sebenarnya, tapi orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (betul ke peribahasa ni.?)

Berikut 15 senarai blogger yang terpilih :

Bidin
Dinie
Pa
Enol
Mamat
Abu Muaz
Putra Almaliki
Leha
Nadia
Ummu Solehah
Solehah
Nur Insan
Nur_Ma
HoneyBunny
Mssyonne

Semua nama-nama ini perlu dimaklumkan bahawa mereka telah tersenarai dalam senarai 15 ini.

Syarat yang terakhir, senaraikan 7 perkara tentang tuan empunya blog.

Hahaha.. susah jugak ni. Tapi takpe, layan je...

1) Seorang pelajar di tahun akhir.
2) Belum lagi berkahwin. Tetapi dalam usaha ke arah itu. haha.
3) Agak mudah panas tapi cepat sejuk.
4) Mudah simpati pada orang dan lepas tu menyesal. haha.
5) Tidak suka simpan & dendam. Ada peluang, sound direct je.
6) Lemah dengan wanita. Bukan takut, tapi sebab hormat.
7) Suka berleter macam orang tua. (ada org kata gitu).


Ini lah award tu. Punya la simple, tapi syarat agak ketat. Gurau je.
Ok la tu daripada x de lansung. Bukan rupa paras 'award' tu yang kita cari, tapi nilai disebaliknya. Semoga dengan award ni, lebih mengeratkan lagi ukhuwah fillah kita. Semoga yang baik dapat kita berkongsi, dan yang buruk juga kita kongsi. Ok?


Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Program Tahfiz Cuti Sekolah (3)

Wednesday, February 24, 2010

Kebetulan masa aku balik Malaysia baru-baru ni, ada member tawarkan menjadi facilitator Program Tahfiz Cuti Sekolah yang bertempat di Masjid Kristal anjuran Taman Tamadun Islam. Tak pernah terlintas pun untuk bekerja masa tu. Memandangkan tempoh program tu hanya sebulan dan tenaga pengajar pun tidak mencukupi masa tu, aku pun terima la dengan hati yang terbuka. Haha. Hampir 100 pelajar yang berumur antara 8 hingga 14 tahun yang mendaftar. Satu kepala dikenakan RM 280. Haa, bukan sembarangan orang yang mendaftar anak-anak mereka ke dalam program ni. Tenaga pengajar pula seramai 5 orang ustaz dan 4 orang ustazah. Ok lah tu. Paling tidak pun, takde lah ramai sangat pelajar dalam satu kumpulan tu. Kalau tak, memang tak terhandle la budak² tu.

Banyak juga la pengalaman² yang best sepnajang sebulan program tu. Yang menyakitkan hati dan jiwa pun banyak. Tambahan pula aku diberikan tugas untuk mengajar kelas yang paling lemah berdasarkan markah ujian temuduga. Yang peliknya, ada juga yang tak pandai mengaji. Apatah lagi nak menghafal? Biasa la, masuk ikut pintu belakang. Tapi takpe lah, tanggungjawab perlu dilaksanakan walaupun sangat menguji kesabaran dan keimanan. Hihii

Itu lah sedikit pengenalan pasal program ni. Tapi bukan itu matlamat utama sebenarnya. Mmmm, takkan la nak cerita perkara baik je kan? Haha. Bukan niat nak memburukkan mana-mana pihak, tapi semoga dapat jadi iktibar untuk masa-masa akan datang.

Awal-awal lagi kami selaku tenaga pengajar program tu dipesan supaya jangan gunakan kekerasan terhadap pelajar. Sebabnya ialah nak jaga imej terhadap pelancong-pelancong yang datang melawat ke dalam masjid. Kan dah banyak isu-isu panas tentang Masjid Kristal ni. Antaranya isu pembaziran, penjelmaan wajah jin, dan sejadah berdiri. Haha. Macam-macam. Pihak penganjur tak nak la nanti timbul pula isu mendera kanak-kanak. Ada ke patut macam tu? Program ni untuk pelancong atau untuk budak² yang mahu menghafal al-Quran? Kita perlu ingat, bidang hafalan Al-Quran ni bukan perkara yang remeh. Tidak dapat tidak, kadang-kadang tu memang memerlukan ketegasan dan kekerasan. Barulah Al-Quran ni boleh sebati dengan jiwa mereka. Kalau setakat nak rendam maggi dalam air panas, baik rendam dalam mangguk je. Tak perlu guna periuk. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke bahu. Faham ke??

Aku pun bimbang juga sebanarnya, maklumlah bermain dengan anak² orang kaya. Silap² haribulan, tido dalam lokap. Haha. Awal² lagi aku minta izin anak² murid aku untuk merotan dan mendenda kalau mereka degil. Yang bestnya, mereka bukan stakat bagi lesen, bahkan siap offer buluh rotan lagi kat aku. Mak bapa dioarang juga yang kasi. Memang lesen besar la aku dapat.

Aku tak lah pandai sangat mengajar ni. Lagi² mengajar budak² kecik. Alhamdulillah, sepanjang aku tasmi' dengan Sheikh Abdul Halim di Mesir ni, aku dapat melihat cara dan teknik dia mengajar budak² kecik. Memang agak keras tapi sangat berhikmah. Tak hairan anak-anak muridnya mampu mengaji dan menghafal Al-Quran dengan baik dalam usia yang begitu muda. Jika kanak-kanak kecil di sini yang berumur 6 tahun ke bawah mampu, mengapa tidak kanak-kanak di negara kita?

Ada satu perkara yang kami memang sepakat sangat tak puas hati. Imbuhan yang diterima tidak seperti yang dijanjikan. Setiap orang mendapat RM 800. Kalau ikutkan yang asal, RM 1200. Banyak tu jumlah yang lari. Seperti biasa, pelbagai alasan yang diberikan. Antaranya kouta pelajar tidak sampai tahap yang diingini iatu seramai 120 orang. Ok, bayangkan. Masjid Besar N. Terengganu (Masjid Putih) turut mengadakan program yang sama, dalam tempoh waktu yang sama dengan jumlah pelajarnya hanya sekitar 60 orang, dan satu kepala dikenakan RM 250 mampu memberikan imbuhan RM 1200 kepada setiap facilitatornya. Kenapa tidak TTI?

Jangan sesekali menyoal tentang keikhlasan kami. Itu hak yang sepatutnya kami dapat sebagaimana dalam perjanjian(kontrak). Cuma silap kami ialah tiada hitam putih. Bukannya kami mendapat upah kerana mengajar, tapi tenaga dan masa yang telah dikorbankan sepanjang tempoh perjanjian dengan pihak yang terlibat wajib dibayar. Jangan disalahkan erti pula.

Ada juga manusia jumud yang mengatakan golongan yang mengaji agama ni tidak perlu sangat memandangkan kepada harta atau wang. Mmmm, aku pun x tahu la dia bercakap tu sempena kurun ke berapa. Yang aku peliknya, mengapa Mercedes yang dipandunya? Kenapa x kayuh basikal je?

Kebetulan dalam tempoh program tu, ada konsert yang berlansung di Taman Syah Bandar. Tapi terpaksa dibatalkan sebab hujan terlalu lebat. Ha, bagus sangat la tu. Tapi bayaran tetap dibayar kepada artis-artis jemputan walaupun tak penuh. Mereka diangkut dengan kereta besar, dan diberikan penempatan yang mewah. Jika golongan artis boleh dilayan sebegitu, mengapa tidak golongan yang mengaji agama? Aku x mintak pun kemewahan tu sume, cuma yang sangat aku harapkan tolong jangan bercakap tak pakai otak dan merendahkan martabat golongan yang mengaji agama.

Marah x marah. Anak-anak muridku tetap aku sayang. Walaupun umur kecil, tapi reti bahasa dan mengenang jasa. Ada juga mak bapa budak² ni yang minta tolong aku ajarkan anak² mereka selepas program tu berakhir. Tapi nk buat macam mana, aku pun masih lagi belajar. X dapat la den nak nolong. Hihi. Alhamdulillah, terubat juga hati yang sakit ini. Sekurang-kurangnya, masih ramai mereka yang diluar sana sangat mendahagakan ilmu ini.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Lama Tak Update

Tuesday, February 9, 2010

Huh, boleh tahan agak lama tak update blog ni. Sampaikan aku terlupa password nak log in.
Nasib baik ada altenatif emel. Kalu x, terkubur terus lah blog ni. Hihi.. Ramai juga yang bertanya, ke mana aku? Kenapa x update blog? Masih kat Malaysia ke? Haha..

Entah la, semenjak balik Malaysia baru-baru ni, mood aku untuk menulis jadi kurang. Asal-asalnya memang aku semangat, tetapi line tenet kat rumah aku tu mcm siput. Aku pun terus moral down. Ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti luar yang sesetengahnya berfaedah dan sesetengaynya kurang berfaedah, lagi-lagilah aku tiada masa untuk blog ni.

Banyak perkara yang ingin aku ceritakan sepanjang aku berada di Malaysia. Sememangnya banyak perkara baru dan istimewa yang aku dapat, walaupun sesetengahnya telah lama bertapak dan wujud di sana.

Walaupun telah dua minggu lebih aku menjejakkan kaki ke Bumi Anbiya' ni, hatiku masih teringat suka duka dan sakit pedih semasa aku berada di Malaysia. Tidak seperti tahun sebelumnya, memang jauh berbeza. Kenapa ya?

Ada perkara yang sempat aku settle kan sebelum datang ke sini, dan banyak juga yang belum. Ditambah pula dengan masalah-maslalah baru yang tetiba mendatang di hari-hari terakhir aku ingin berlepas, sangat-sangat memeningkan aku. Ingin saja aku tunda penerbangan aku, tapi memandangkan masa aku terlalu sempit untuk membuat persediaan menjelang imtihan akhir, aku batalkan niat aku. Walaupun sebenarnya, mereka sangat mengharapkan aku dapat berada di sana bersama mereka. Namun, apa dayaku. Aku perlu pergi. (mcm nk gi berperang je..haha)

Aku perlu kosongkan kepala otak aku yang serabut ni. Aku x mahu memikirkannya lagi buat sementara waktu ini. Tidak lama, 4 bulan saja lagi. Aku tidak boleh terus begini. Aku perlukan ketenangan untuk menyempurnakan matlamat asal aku di sini. Aku hanya mampu berserah dan berdoa agar segalanya menemui kebaikan.

Tolong aku ya Allah.. Jaga aku, dia, kami, dan mereka..
Amin ya Robb..

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

☼☼☼ FLASH Al-QURAN ☼☼☼
Al-Quran Versi Flash
☼☼☼ ARRAHMAH.COM ☼☼☼
 
Esmaa3 Kalaami © 2009. Template renew and edited by in_saff03.