Program Tahfiz Cuti Sekolah (3)

Wednesday, February 24, 2010

Kebetulan masa aku balik Malaysia baru-baru ni, ada member tawarkan menjadi facilitator Program Tahfiz Cuti Sekolah yang bertempat di Masjid Kristal anjuran Taman Tamadun Islam. Tak pernah terlintas pun untuk bekerja masa tu. Memandangkan tempoh program tu hanya sebulan dan tenaga pengajar pun tidak mencukupi masa tu, aku pun terima la dengan hati yang terbuka. Haha. Hampir 100 pelajar yang berumur antara 8 hingga 14 tahun yang mendaftar. Satu kepala dikenakan RM 280. Haa, bukan sembarangan orang yang mendaftar anak-anak mereka ke dalam program ni. Tenaga pengajar pula seramai 5 orang ustaz dan 4 orang ustazah. Ok lah tu. Paling tidak pun, takde lah ramai sangat pelajar dalam satu kumpulan tu. Kalau tak, memang tak terhandle la budak² tu.

Banyak juga la pengalaman² yang best sepnajang sebulan program tu. Yang menyakitkan hati dan jiwa pun banyak. Tambahan pula aku diberikan tugas untuk mengajar kelas yang paling lemah berdasarkan markah ujian temuduga. Yang peliknya, ada juga yang tak pandai mengaji. Apatah lagi nak menghafal? Biasa la, masuk ikut pintu belakang. Tapi takpe lah, tanggungjawab perlu dilaksanakan walaupun sangat menguji kesabaran dan keimanan. Hihii

Itu lah sedikit pengenalan pasal program ni. Tapi bukan itu matlamat utama sebenarnya. Mmmm, takkan la nak cerita perkara baik je kan? Haha. Bukan niat nak memburukkan mana-mana pihak, tapi semoga dapat jadi iktibar untuk masa-masa akan datang.

Awal-awal lagi kami selaku tenaga pengajar program tu dipesan supaya jangan gunakan kekerasan terhadap pelajar. Sebabnya ialah nak jaga imej terhadap pelancong-pelancong yang datang melawat ke dalam masjid. Kan dah banyak isu-isu panas tentang Masjid Kristal ni. Antaranya isu pembaziran, penjelmaan wajah jin, dan sejadah berdiri. Haha. Macam-macam. Pihak penganjur tak nak la nanti timbul pula isu mendera kanak-kanak. Ada ke patut macam tu? Program ni untuk pelancong atau untuk budak² yang mahu menghafal al-Quran? Kita perlu ingat, bidang hafalan Al-Quran ni bukan perkara yang remeh. Tidak dapat tidak, kadang-kadang tu memang memerlukan ketegasan dan kekerasan. Barulah Al-Quran ni boleh sebati dengan jiwa mereka. Kalau setakat nak rendam maggi dalam air panas, baik rendam dalam mangguk je. Tak perlu guna periuk. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke bahu. Faham ke??

Aku pun bimbang juga sebanarnya, maklumlah bermain dengan anak² orang kaya. Silap² haribulan, tido dalam lokap. Haha. Awal² lagi aku minta izin anak² murid aku untuk merotan dan mendenda kalau mereka degil. Yang bestnya, mereka bukan stakat bagi lesen, bahkan siap offer buluh rotan lagi kat aku. Mak bapa dioarang juga yang kasi. Memang lesen besar la aku dapat.

Aku tak lah pandai sangat mengajar ni. Lagi² mengajar budak² kecik. Alhamdulillah, sepanjang aku tasmi' dengan Sheikh Abdul Halim di Mesir ni, aku dapat melihat cara dan teknik dia mengajar budak² kecik. Memang agak keras tapi sangat berhikmah. Tak hairan anak-anak muridnya mampu mengaji dan menghafal Al-Quran dengan baik dalam usia yang begitu muda. Jika kanak-kanak kecil di sini yang berumur 6 tahun ke bawah mampu, mengapa tidak kanak-kanak di negara kita?

Ada satu perkara yang kami memang sepakat sangat tak puas hati. Imbuhan yang diterima tidak seperti yang dijanjikan. Setiap orang mendapat RM 800. Kalau ikutkan yang asal, RM 1200. Banyak tu jumlah yang lari. Seperti biasa, pelbagai alasan yang diberikan. Antaranya kouta pelajar tidak sampai tahap yang diingini iatu seramai 120 orang. Ok, bayangkan. Masjid Besar N. Terengganu (Masjid Putih) turut mengadakan program yang sama, dalam tempoh waktu yang sama dengan jumlah pelajarnya hanya sekitar 60 orang, dan satu kepala dikenakan RM 250 mampu memberikan imbuhan RM 1200 kepada setiap facilitatornya. Kenapa tidak TTI?

Jangan sesekali menyoal tentang keikhlasan kami. Itu hak yang sepatutnya kami dapat sebagaimana dalam perjanjian(kontrak). Cuma silap kami ialah tiada hitam putih. Bukannya kami mendapat upah kerana mengajar, tapi tenaga dan masa yang telah dikorbankan sepanjang tempoh perjanjian dengan pihak yang terlibat wajib dibayar. Jangan disalahkan erti pula.

Ada juga manusia jumud yang mengatakan golongan yang mengaji agama ni tidak perlu sangat memandangkan kepada harta atau wang. Mmmm, aku pun x tahu la dia bercakap tu sempena kurun ke berapa. Yang aku peliknya, mengapa Mercedes yang dipandunya? Kenapa x kayuh basikal je?

Kebetulan dalam tempoh program tu, ada konsert yang berlansung di Taman Syah Bandar. Tapi terpaksa dibatalkan sebab hujan terlalu lebat. Ha, bagus sangat la tu. Tapi bayaran tetap dibayar kepada artis-artis jemputan walaupun tak penuh. Mereka diangkut dengan kereta besar, dan diberikan penempatan yang mewah. Jika golongan artis boleh dilayan sebegitu, mengapa tidak golongan yang mengaji agama? Aku x mintak pun kemewahan tu sume, cuma yang sangat aku harapkan tolong jangan bercakap tak pakai otak dan merendahkan martabat golongan yang mengaji agama.

Marah x marah. Anak-anak muridku tetap aku sayang. Walaupun umur kecil, tapi reti bahasa dan mengenang jasa. Ada juga mak bapa budak² ni yang minta tolong aku ajarkan anak² mereka selepas program tu berakhir. Tapi nk buat macam mana, aku pun masih lagi belajar. X dapat la den nak nolong. Hihi. Alhamdulillah, terubat juga hati yang sakit ini. Sekurang-kurangnya, masih ramai mereka yang diluar sana sangat mendahagakan ilmu ini.

Wallahua'lam.

4 comments:

S.M.A.H. said...

ish3..kesian kt tenaga pengajar..kenapa mereka(org2 berkenaan) tidak amanah,ade lg yg ambil kesempatan..bubar la kerajaan..

Ahmad Nordinie said...

tu la yang susah bila xde hitam putih..
senang2 je nak mungkir janji
huhu

"golongan yang mengaji agama ni tidak perlu sangat memandangkan kepada harta atau wang."
xkan nak makan pasir kot..
da penah kene da cakap2 camni..
huhu

Werdah said...

Salam Duan..

Lama tak berblog ya.. nanti datang amik award dp blog mak cik ya.. tk

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

☼☼☼ FLASH Al-QURAN ☼☼☼
Al-Quran Versi Flash
☼☼☼ ARRAHMAH.COM ☼☼☼
 
Esmaa3 Kalaami © 2009. Template renew and edited by in_saff03.