Sedikit Pembetulan & Makluman

Friday, November 27, 2009

Agak lama juga tak posting entri baru. Banyak sebenarnya yang aku ingin kongsi dan luahkan, tapi suasana kat sini buatkan aku jadi kurang semangat nak mengarang. Nak kata terlalu sibuk, tak juga. Tapi boleh tahan juga la kesibukan aku sekarang ini. Mungkin juga sebab ada banyak lagi perkara-perkara yang menarik kat Malaysia ni. Aku memang bercadang tak nak buat entri baru sepanjang berada di Malaysia ni. Tapi rasa macam perlu je. Kenapa tidaknya, member² semuanya sangka aku balik ke Malaysia sebab nak kahwin. Entah dari mana datangnya khabar angin ni, aku pun tak tahu. Mmm, dah takde sebab lain ke untuk aku balik? Kadang-kadang tu aku iyakan saja. Haha.

Tapi bahaya jugak. Silap² hari bulan berita ni sampai kat orang tu, x ke naye?

Ok la. Aku balik ni sebab kakak aku yang nak kahwin. Bukannya aku.

Alaa, kakak kahwin je pun, buat apa balik..?? Haa, ni lah soalan yang paling aku benci dan malas nak jawab. Mana yang faham tu, faham la. Alhamdulillah.

Bagi sesetengah orang, hal ni tak lah besar sangat sampai perlu balik Malaysia. Setakat kakak nak kahwin tu, apa lah sangat. Ye x? Tapi lain pula ceritnya bagi aku.

Diringkaskan, ayah aku dah meninggal dunia masa aku form 4. Jadi, aku lah yang kena ambil alih tanggungjawab untuk perjalanan majlis akad nikah dan walimatul urus tu nanti. Tidak dapat tidak, terpaksa lah aku balik walaupun kehendak hati aku nak stay je kat Mesir tu sampai habis imtihan akhir tahun depan. Terpaksalah aku tangguhkan pembelajaran dan urusan-urusan lain kat sana. Moga-moga Allah permudahkan urusanku nanti.

Tak sia-sia juga aku balik awal sikit. Sampai sini, terus orang tawarkan kerja untuk aku. Alhamdulillah. Sekarang ni, aku adalah salah seorang tenaga pengajar Program Tahfiz Musim Cuti Sekolah Modul 3 anjuran Taman Tamadun Islam yang bertempat di Masjid Kristal. Siap bagi rumah lagi tu. Haha. Kalau ada sesiapa yang kebetulan datang ke Masjid Kristal, jangan lupa singgah. Nanti boleh aku ajak makan percuma. Hihi.

Cukuplah dulu setakat ni. Aku harap lepas ni takde lagilah yang buat cerita aku balik sebab nak kahwin. Kalau aku nak kahwin nanti, aku bagitau la. Insya-Allah. Lambat lagi kot. Tu pun kalau umur aku dan dia panjang. Hihi.

Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah aku dan semua muslimin dan muslimat yang telah kembali ke Rahmatul Allah. Moga-moga ada yang sudi mensedekahkan Al-Fatihah untuk kita kelak.

Wallahua'lam.


[+/-] Read More...

Selamat Pulang

Saturday, November 14, 2009

Assalamualaikum..w.r.t..

Ketika mana entri ini ditulis, aku telah selamat sampai ke tanah air. Sekarang ni pun, aku masih lagi berada di KLIA. Sementara menunggu bagasi keluar, ada baiknya aku ambil peluang internet percuma ni untuk mengisi kekosongan blog ni. Kat rumah, belum tentu ada internet. Haha..

Ok la. Tak nak buang masa panjang-panjang berdiri kat sini. Sekadar makluman la kepada sahabat-sahabat yang mungkin tercari-cari ke manakah menghilangnya diriku ini.

Mintak maaf la sume. Doakan dipermudahkan urusanku di sini sehingga kembali semula ke Mesir. Aku x bercadang pun nak balik. Tapi apa boleh buat, khidmat aku diperlukan. Maklumlah, merangkap ketua keluarga la katakan. Hihi.

Ada apa-apa, boleh kontak no. ni +6014 5438727 (aku pun x pasti betul ke tak no. ni). Kepada sahabat-sahabat yang membantu aku, jutaan terima kasih aku ucapkan. Jasa kalian akan ku kenang.

Ilalliqa', maassalaamah...

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Kepada Pengguna BSN

Wednesday, November 11, 2009


Baru-baru ni Bank Simpanan Nasional (BSN) telah membuat peraturan baru (KLIK). Dipendekkan cerita, mana-mana pengguna yang masih lagi menggunakan kad BSN VISA PLUS hanya boleh membuat urusan di mesin ATM BSN sahaja. Secara automatiknya, pengguna-pengguna BSN yang sekarang ini ada di Mesir dan kawasan-kawasan yang seakan-akan denganya tidak akan dapat membuat urusan sama ada mengeluarkan duit ataupun memeriksa baki akaun selagi mana tidak membatalkan VISA PlUS dan bertukar kepada BSN MATRIX sebab di sini tiada mesin ATM BSN.


Mungkin dah ramai yang perasan perkara ni tapi tak tahu apa puncanya. Sebelum ni pun memang dah banyak kali berlaku masalah ni, tapi lepas dua tiga hari ok balik. Aku bukan apa, bimbang kot² ada yang tertunggu-tunggu dan terus menunggu. Terutama member aku sorang ni yang duduk kat Dumyat. Pernah sekali hari tu dalam bulan puasa dia tengah tak ada duit. Dia pun pergi cucuk kat bank, tapi mesin ATM pulak yang buat hal. Seminggu lebih la jugak. Ahli bait pulak semua hilang entah ke mana. Nasib baik masa tu bulan puasa. Ada Maaidatul Ar-Rahman. Kalau tak, tikus masak merah lah bakal menjadi hidangannya.

Sori bro, sekali lagi terkeluar cerita pasal lu.. hihii

Bukan tu motif utama aku sebenarnya. Kalau ikutkan maklumat yang aku terima daripada kawan aku, aku perlu scan borang tu kemudian isi dengan cap jari sekali. Pastu lepas siap, aku perlu hantar borang tu kepada waris-waris aku di Malaysia untuk diserahkan kepada pihak bank. Sama ada pos atau kirim kat sape² yang nak balik Malaysia. Susah jugak tu.

Apa yang aku nak kongsi sini, aku juga mengalami masalah yang sama dan aku telah maklumkan kepada mak aku pasal ni. Sekali lagi aku pendekkan cerita. Mak aku pun pergi ke salah satu cawangan bank BSN di Kuala Terangganu untuk mengetahui lebih lanjut. Pastu mak aku suruh aku sms kat dia alamat aku kat Bumi Anbiya' ni dan tunggu selepas tempoh 24 jam.

Keesokan harinya aku pun dengan langkah yang agak terhuyun-hayang(sbb baru habis iddah kafarah dosa) menuju ke bank yang berhampiran. Dimulakan dengan lafaz Bismillahi tawakkaltu a'la Allah, aku memulakan operasi mengeluarkan kandungan dalam mesin ATM tu. Ternyata bunyi-bunyian yang terhasil daripada perut mesin tu menandakan kandungannya bakal keluar. Ngeheee~~ Alhamdulillah Ya Robb.

Jadi orang kaya aku hari tu. Setelah sekian lama membedal gula rumah bawah, kini diorang pula yang membedalnya daripada rumah aku. Tapi tak nak ngaku. Haha.. Hmmmm, aku pun tak nak panjangkan cerita sebab tadi aku dah pendekkan. Kesimpulannya, sesiapa yang ada masalah macam aku, cubalah minta tolong orang kat Malaysia bertanya secara lansung kepada pihak bank macam mana cara nak selesaikannya. Mudah-mudahan, Allah permudahkan.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Bersyukurlah Atas Nikmat & Musibah

Tuesday, November 10, 2009

Katakanlah kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, keringlah laut sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun ditambah dengan lautan yang baru. (Surah Al-Kahfi : 109)

Nikmat Ar-Rahman(Pemurah) adalah untuk umum samada bagi makhluk yang beriman kepada-Nya mahupun yang kufur. Manakala nikmat Allah Ar-Rahim(Mengasihani) adalah khusus untuk makhluk yang beriman kepada-Nya. Maka beruntunglah mereka yang bergelar Muslim atau Muslimah kerana mendapat kedua-dua nikmat ini.

Persoalannya, sejauh manakah kita bersyukur atas nikmat-nikmat yang tak terhitung banyaknya ini kepada kita. Sedangkan dalam ujian dan bala-Nya masih terdapat nikmat yang tersirat. Hanya orang yang berakal dapat merasainya.

Sebagai contoh ujian yang lazim melanda ke atas manusia iaitu sakit. Bukankah ianya satu nikmat jika dibandingkan dengan mati? Sekurang-kurangnya, orang yang sakit masih boleh bernafas, beribadah, dan bertaubat. Jika sudah bergelar mayat, hanya menunggu masa untuk diusung masuk ke dalam kubur.

Bagi orang yang redha dan sabar ketika mana dia sedang diuji dengan kesakitan, dosa-dosanya akan terhapus. Bukankah kafarah dosa itu satu kenikmatan?

Jika dalam ujian terselit nikmat, bagaimana pula jika memang sudah nyata berada dalam kenikmatan? Allahu Robbi.. Tak terhitung banyaknya nikmat-Mu. Golongkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang mensyukuri nikmat.

Dan ketika Allah memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih. (Surah Ibrahim : 7)

Kalau ikutkan hatiku, mahu saja aku syarah apa yang ada dalam kepala ini. Tapi aku dah agak faham dengan dunia blog ni. Sesetengah orang bukannya minat sangat baca entri yang panjang-panjang. Akulah tu. Haha.

Tapi satu la aku nak pesan sebelum aku menamatkan entri ni. Ada sesetangah makhluk ni ketika mana dia terkena ujian sehingga memaki hamun Tuhan. Dikatanya Tuhan itu zalim dan x adil. Dalam cerita filem pun ada aku rasa. Tapi yang aku maksudkan kat sini memang betul-betul aku pernah jumpa. Ish, Islam la pak, kalau kafir lantak diorang la nak pi maki hamun Tuhan buatan sendiri. Nau'zubillah.

Antara fitrah kita sebagai manusia sesama manusia ni, satu kejahatan boleh menghapuskan sepuluh kebaikan. Contohnya, si A selalu menolong si B. Tiba-tiba suatu hari si A menyakiti si B. Yang si B ni pulak, semua kebaikan si A yang sebelum ini terhapus secara automatik. Kejahatan yang satu tu lah yang si B ni nak ingat. Itu dengan sesama manusia. Takkan dengan Pencipta pun kita nak buat macam tu? Inilah akibatnya kalau dah buta hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. Asyik nak rasa nikmat dan senang. Masa senang, x pernah nak bersyukur bahkan semakin giat melakukan maksiat atas muka bumi Allah. Masa ditimpa musibah, marahkan Tuhan. Kalau nak sentiasa berada dalam kenikmatan, cari la tiket untuk masuk syurga. Kat dunia ni penjara.

Sedarlah sahabat-sahabatku sekalian, x akan terhitung nikmat-Nya pada kita. Bersyukurlah sentiasa walau apa pun situasi yang melanda kita sama ada sedih mahupun gembira. Ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Tragedi 1 Julai 2009

Friday, November 6, 2009

Satu peristiwa yang boleh dikatakan masih baru berlaku iaitu pada 1 Julai 2009. Mengapa dengan tarikh ni? Micheal Jackson meninggal ke? Haa, itu antaranya. Tapi apa yang lebih patut dan sememangnya patut untuk kita lebih ambil tahu ialah tragedi yang telah menimpa Allahuyarhamuha Dr. Marwa.

Siapakah beliau dan apa yang telah terjadi kepadanya? Sememangnya entri kali ini masih bersangkutan dengan entri yang sebelum ini Benarkah Islam Itu Pengganas? Walaupun ramai yang sudah tahu namun lebih ramai lagi orang yang tidak tahu pasalnya. Aku sendiri pun baru sahaja mengetahuinya seminggu yang lalu hasil maklumat yang telah diberikan oleh sahabat bloggerku. Terima kasih ku ucapkan padanya kerana telah mengeluarkan isu ini.

Pada 1 Julai 2009, Dr. Marwa El-Sherbini telah ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang lelaki warga Jerman di dalam sebuah mahkamah di hadapan suami dan anaknya yang berumur 3 tahun. Juga pada waktu itu, beliau mengandung tiga bulan. Suaminya yang cuba menyelamatkan isterinya itu telah ditembak oleh pihak keselamatan dan kemudiannya turut ditikam oleh lelaki warga Jerman tadi sebanyak tiga kali. Menurut penyataan media, pihak keselamatan itu telah tersilap orang dengan menyangka suaminya itu adalah orang yang menyerang Dr. Marwa.

Kesalahan yang di dakwa terhadap Dr. Marwa adalah kerana beliau memakai hijab!!! Pembunuh itu mendakwa Dr. Marwa adalah seorang pengganas(terrorist) hanya kerana baliau memakai hijab.





Korang mesti sakit hati kan? Alhamdulillah, korang masih lagi bergelar Ummat Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan para syuhada'.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Entah Apa-Apa Entah

Tuesday, November 3, 2009

Buntunya aku rasa, tapi bukan ubuntu yang hangat diwarwarkan oleh Ustaz Akhori dalam wordpressnya. Buntu disini membawa maksud serabut. Dateline yang aku terima semakin menyempitkan fikiranku. Aku menjadi lemah untuk menyelesaikan tanggungjawab dan amanah yang bertimbun-timbun. Ternyata masa itu bukan emas, bahkan tiada apa yang boleh diumpamakan denganya memandangkan Allah SWT sendiri telah berqasam dengan masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh.

Dalam waktu masa yang sempit ni la banyak masalah bertandang tanpa diundang. Bagi aku, jika masalah-masalah ni boleh diselesaikan dengan kudrat, itu bukan masalah besar. Kalau aku rajin, aku berjaya dan kalau aku malas, gagal. Huh, senangnya cakap pakai tulis. Haha. Tapi yang lemahnya, jika masalah ni melibatkan orang lain. Kadang-kadang tu sampai tergendala perancangan aku. Aku tak bersungut pun. Saja aku nak exercise sikit malam ni. Nak refresh minda kata orang tua-tua. Tapi takpe, kalu kita ikhlas tolong orang, Allah akan mudahkan urusan kita. Haaa, ingat tu kawan-kawan. Hihi. Yang paling memening dan memilukan kepala ialah masalah kewangan. Masalah ni aku yakin korang lebih arif dan faham berbanding aku. Aku dalam kontek seorang pelajar sekarang ni hanya perlu tunggu dan terus menunggu. Menunggu apa? Aku pun tak tahu. Apa-apa pun, terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi dan membantu.

Ditambah pula dengan demam yang melanda diriku bermula pagi tadi, sudah semestinya semakin tertangguh tugasan-tugasan yang belum selesai itu walaupun telah ku bahagikan mengikut tempoh waktu pada awalnya. Hmmm, sempat pulak aku buat entri baru ni? Kalu ikutkan kudrat dan masa yang ada ni, memang tak kemanalah aku jawabnya. Tapi apa boleh buat, aku perlu melawannya. Pc aku ni pun bagus dan pelik jugak. Tak pasal-pasal dia 'on' dengan sendirinya seakan-akan memanggilku untuk bermain dengannya. Aku pun malas nak kaji panjang-panjang apa puncanya. Apa yang penting, aku dah semakin ok sikit. Alhamdulillah atas nikmat dan rahmat-Nya. Moga-moga Allah akan bagi lebih kekuatan kepadaku selepas ini. Insya-Allah.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Benarkah Islam Itu Pengganas

Friday, October 30, 2009

Setiap kali berlaku keganasan pasti akan disandarkan kepada Muslim. Alasan yang sering kali digunakan untuk menyerang negara-begara Islam adalah untuk menghapus dan membasmi puak-puak pengganas yang dikatakan terdiri daripada kaum Muslimin. Padahal telah terang dan nyata bahawa Israel dan konco-konconya adalah pengganas yang sebenarnya. Oleh sebab kuasa media berada ditangan mereka, berita dan situasi yang sebenar telah banyak dipesongkan dan ditokok tambah bagi memberitahu dunia bahawa Islam adalah pengganas.

Tengok sahaja serangan Amerika dan Israel terhadap Palestin yang sudah sekian lama dan masih lagi berlanjutan hingga hari ini. Pengganas-pengganas yang mereka maksudkan ini tidak juga di jumpai, bahkan mereka pula yang lagi mengganas dan tidak bertindak mengalahkan binatang sehinggakan penduduk dan orang awam yang banyak menjadi mangsa dan menerima akibat daripada keganasan puak-puak yang dilaknat Allah ini. Sesungguhnya, siapa yang membuat kemusnahan dan kerosakan dimuka bumi Allah pasti akan diazab pada hari Akhirat.

Media-media gergasi dunia pula sekadar melepaskan batuk ditangga dan membutakan sebelah mata mereka. Bukan itu sahaja, yang lebih teruk lagi ialah mereka sanggup memutar belitkan fakta dengan mengatakan keganasan ini adalah berpunca daripada kaum Muslimin. Mujurlah ada pihak dan media altenatif yang telah memaparkan berita dan situasi yang sebenar walaupun teknologi mereka adalah terhad dan terbatas. Terpulang pada diri kita sama ada mahu mencari ataupun tidak.

Video di bawah ini jelas membuktikan penyelewangan yang telah dibuat oleh sesetengah media yang tidak bertanggungjawab dalam melabelkan Islam adalah pengganas. Saksikan.



Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

The Largest Islamic Group On Facebook

Entri kali ini adalah lanjutan daripada entri sebelum ini yang bertajuk Al-Quran Di Hina. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat.

Kumpulan yang pernah diceritakan sebelum ini(tidak perlu disebut dan diulang nama kumpulan yang bangang tu) akhirnya telah ditutup dan diharamkan. Aktiviti memboikot ini tidak lagi perlu diteruskan. Ini jelas membuktikan apabila Ummat Islam bersatu, banyak perubahan yang mampu dilakukan memandangkan Ummat Islam adalah golongan majoriti yang hidup di muka bumi Allah.

Jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan sumbangan. Akibatnya ia telah berjaya menhasilkan sebuah Kumpulan Islam yang terbesar di Facebook (The Largest Islamic Group on Facebook). Kita akan mengatur misi dan strategi dalam komuniti ini agar dapat mempertahankan Islam dalam menghakis dan berhadapan dengan setiap serangan musuh-musuh Islam dalam bentuk penulisan khususnya. Kita tidak akan lari daripada Facebook, bahkan kita akan lebih bersatu dan mengumpulkan lebih ramai lagi Ummat Islam di sini.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Korban Nyawa Runtuh Kali Ni

Monday, October 26, 2009

Jika kejadian runtuh sebelum ni tiada korban nyawa, tapi tidak pada kejadian runtuh kali ini. Innalillahi wainna ilaihi roji'un. Al-Fatihah kepada pelajar yang telah meninggal dunia. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga baki pelajar yang masih belum dijumpai berada dalam lindungan Maha Pencipta.












Jambatan gantung yang baru berusia dua minggu runtuh. Kalau ikutkan logik hukum alam, memang x logik dan x masuk akal. Memang benar setiap kejadian itu adalah takdir dan kehendak Allah SWT, tapi kita perlu ingat bahawa setiap kejadian yang berlaku itu mengandungi maksud yang tersirat sama ada berbentuk hikmah, ujian, bala, mahupun amaran daripada Allah SWT. Terpulang kepada diri kita untuk menilai dan mentafsirkannya.

Seperti yang pernah ku tulis dalam posting terdahulu, kejadian runtuh sebelum ini tiada berlaku korban nyawa, dan kali ini ternyata telah berlaku. Siasat pa ceroh. Modal tule je hok tubek. Aku pun x sabar gk nak tunggu dan lihat hasil siasatan kes ni. Nyaknye ke budak² tu. X bersalah lansung. Keras² hati aku pun, rasa nk ngalir gk air mata bila baca berita ni. Biarlah, semoga Allah membuka dan menunjukkan jalan.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

I Am A Muslim

Dia berbangga menjadi seorang Muslim... kita...??


[+/-] Read More...

Al-Quran Dihina

Friday, October 23, 2009


Lepas satu-satu penghinaan yang dibuat terhadap agama yang diredhai Allah ini. Jika dulu heboh pasal kartun yang menghina Rasulullah SAW, kini sedang hangat tentang sebuah kumpulan di facebook yang menghina ayat-ayat suci Al-Quran. Kumpulan yang
dok tahu mende kale ini (bahasa yang agak lembut) dinamakan ‎‎koran toilet paper roll‎.

Bermula daripada cadangan Kareem Sherif iaitu seorang pemilik kepada kumpulan We want Facebook to close this group “qoran toilet paper” yang telah mencadangkan agar memboikot facebook selama 3 hari sebagai tanda protes terhadap facebook yang mana telah membiarkan kumpulan dok tahu mende kale ini bergiat secara terang-terangan. Untuk maklumat yang lebih lanjut pasal tujuan dan cara memboikot yang telah disepakati, sila berkunjung ke sini (KLIK)

Aku dah laksanakan apa yang patut. Harapannya mana-mana yang ada akaun facebook ni dapat berbuat perkara yang sama. Tak susah dan menyusahkan pun. Masalah berhasil atau tidak, itu diluar kuasa kita. Apa yang penting, tunjukkan bahawa kita bukannya jenis hamba yang berdiam diri apabila Kalam Tuhan kita dihina dan diperlaku sedemikian rupa. Sedangkan orang yang bukan Muslim pun ramai yang marah, inikan pula kita seorang Muslim.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Majlis Al-Kutub As-Sittah

Thursday, October 22, 2009


Empat hari berada dalam majlis pembacaan (tasmi') Al-Kutub As-Sittah Bersama Masyaikh Al-Azhar telah memberi banyak pengalaman dan semangat baru kepadaku khususnya. Walaupun kehadiranku bukanlah sebagai seorang peserta tetapi hanya salah seorang AJK PMC(PMRAM Multimedia Centre), aku amat bersyukur kerana diizinkan-Nya turut sama dapat berada di majlis yang penuh keberkatan ini memandangkan jumlah peserta telah dihadkan oleh sebab-sebab yang tertentu. Kesempatan ini aku ingin berkongsi beberapa perkara yang telah membuatkan hatiku tersentuh. Moga-moga perkongsian ini dapat menaikkan semangat sahabat-sahabat sekalian untuk terus berjuang menuntut ilmu dan mencari keredhaan-Nya.

Berkongsi Membaca Kitab :
Pada hari yang pertama aku hadir tanpa membawa kitab (Matan Sohih Bukhori) kerana tidak sempatku membelinya. Maka terpaksalah aku duduk dengan hanya mendengar apa yang dibaca oleh syeikh. Berbanding dengan orang lain, mereka dapat mendengar dan meniliti bacaan pada kitab masing-masing. Alangkah baiknya jika ada jualan kitab di situ. Dua kali ganda pun sanggupku bayar. Tiba-tiba datang seorang pelajar yang tidak aku kenali meminta izin untuk duduk disebelahku yang kebetulan memang ada sedikit ruang kosong di situ. Aku pun menyilakannya untuk duduk. Lagipun, bukannya aku sewa tempat duduk tu. Tapi mungkin juga sebab dia menganggap itu adalah tempat yang dikhususkan untuk AJK yang terlibat. Mungkin juga. Hmm, dipendekkan cerita, dia membuka kitabnya lalu menawarkan untuk berkongsi membaca bersamanya. Aku menolak pelawaannya itu memandangkan aku memang kurang jelas dengan tulisan jika dilihat dari jarak yang lebih dari 30cm. Maka didekatkan lagi kitab tu kepada aku seolah-olah kitab tu aku yang punya dan seakan-akan dia pula yang menumpangku. Tak boleh jadi ni. Aku pun menolak sekali lagi. Bukannya aku sombong, aku tersangat mahu sebenarnya tapi aku tak mahu orang lain susah kerana aku. Melihat dia lagi berkeras untuk berkongsi membaca kitabnya denganku, akhinya aku mengalah. Lagipun dia memberitahuku yang dia boleh baca dengan jelas tulisan tu. Berkongsialah kami membaca kitab itu bersama hingga habis sesi yang terakhir pada malam itu. Memang aku sangat terharu dan respek dengannya.

Usaha Dan Komitmen Semua Pihak Yang Terlibat :
Memandangkan majlis ini adalah satu majlis yang sangat besar dan satu perkara baru di Mesir bagi pelajar-pelajar Malaysia, perancangan dan pelaksanaan haruslah dibuat dengan rapi dan bersungguh-sungguh. Ini kerana majlis ini melibatkan banyak masyaikh Al-Azhar yang sangat masyhur di Mesir dan yang paling istimewa adalah penglibatan Mufti Mesir sendiri iaitu Syeikh Dr. Ali Jumuah. Tambahan pula majlis ini digabungkan dengan majlis konvokesyen bagi pelajar-pelajar Al-Azhar yang telah berjaya menamatkan pengajian dibidang masing-masing. Walaupun pada awalnya majlis ini cuba digagalkan oleh JPMK (link), namun begitu majlis ini tetap juga dapat dijalankan. Terutamanya pada malam sebelum menjelang hari yang ke-4 dimana buat kali ketiga lokasi majlis telah bertukar iaitu ke Nadi Riadhi. Sememangnya bukan kerja yang mudah untuk membuat persiapan di suatu kawasan yang asing dan dalam waktu yang begitu singkat. Semestinya istilah tidur yang cukup terpaksa dilupakan. Ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha dan penat lelah kalian akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Sokongan dan kerjasama Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Al-Hasani :
Beliau adalah antara masyaikh yang turut sama memberi kerjasama dan menjadi faktor utama dalam melicinkan perjalanan majlis ini. Walaupun beliau sibuk dengan tugas dan kerja, namun tetap dapat meluangkan masanya berada bersama dalam majlis Al-Kutub Sittah selama empat hari berturut-turut. Seawal pagi beliau tiba, kemudian terpaksa keluar atas urusan kerja, kemudian datang kembali pada waktu petang ataupun pada waktu malamnya.

Ucapan Syeikh Dr. Sa'ad Jawish :
Berdasarkan sedikit kefahamanku tentang ucapan yang telah dibuat oleh Syeikh Dr. Sa'ad Jawish adalah beliau mengatakan bahawa tidak kira apa jua fungsi atau tugas kita dalam majlis itu, macam mana posisi kita duduk dalam majlis itu, dan di mana tempat kita duduk, selagi mana kita mendengar bacaan Al-Kutub As-Sittah, keberkatan akan sampai kepada diri kita.

Kehadiran Syeikh Dr. Ali Jumuah :
Kehadiran seorang Al-Muhaddis dan mufti Mesir iaitu Syeikh Dr. Ali Jumuah adalah satu anugerah yang sangat besar. Pada penghujung majlis penutupan Al-Kutub As-Sittah itu, beliau telah memberikan ucapan yang sangat bermakna kepada semua peserta iaitu beliau telah mengijazahkan ijazah beliau kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut yang mana beliau telah mengambilnya daripada guru beliau iaitu Syeikh Yasin Fadani.

Para Masyaikh bersalaman sesama mereka :
Apabila majlis telah selesai, para masyaikh bersalaman sesama mereka sambil berebut untuk mencium tangan masing-masing. Tiada langsung sifat anggkuh dan berlainan darjat yang ditunjukkan antara mereka. Antara situasi yang dapatku perhatikan ialah apabila
Syeikh Dr. Usamah Al-Azhari (salah seorang anak murid Syeikh Dr. Ali Jumuah) yang mencium tangan tok gurunya kemudian tok gurunya mencium kembali kepala anak muridnya itu. (link)

Itulah antara perkara-perkara yang aku harapkan dapat menjadi motivasi untuk kita semua. Untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut berkaitan majlis ini, boleh berkunjung ke Laman Rasmi Kutub Sittah

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Iklan India Mari

Tuesday, October 20, 2009

Iklan ini khas ditujukan kepada perokok-perokok tegar seluruh dunia. Sekali tengok mungkin korang tak faham. Jadi korang tadabburlah baik-baik iklan ni. Lucu ni. Hihi.. Sedikit pesanan, iklan-iklan ini mengandungi maksud yang tersirat, jadi berfikirlah dulu sebelum membuat penilaian. Jika masih buntu juga dengan motif sebenar iklan-iklan ni, boleh rujuk kat bahagian komen. Ok?



IKLAN 1




IKLAN 2

[+/-] Read More...

Sanad Dan Kepentingannya

Sunday, October 18, 2009

Salasilah sanad bermula daripada Rasulullah SAW yang mengambil daripada Jibril AS, diturunkan kepada beberapa sahabat, kemudian Tabi'in, kemudian Tabi' Tabi'in, kemudian kepada para ulama' dan seterusnya. Orang yang mempunyai sanad ibarat memegang amanah untuk meneruskan pengajian Islam. Dengan adanya sanad kita akan lebih jelas asal-usul kita beljar seperti dari mana kita belajar, dari mana guru kita belajar, dan bagaimana salasilah ini akan sampai kepada Rasulullah SAW.

Kepentingan sanad ini telah dibuktikan dengan Hadis Nabi SAW bermaksud :

Dari Muhammad Ibnu Sirin dia telah berkata, sesungguhnya sebuah ilmu itu adalah agama, maka hendaklah kamu melihat daripada siapa kamu mengambil agamamu.
(Hadis Riwayat Muslim)

Para ulama' juga sangat menekankan kepentingan sanad ini hingga Imam Shafie pernah berpesan, "Kamu tidak akan mendapat ilmu melainkan dengan syarat dan di antara syarat-syaratnya ialah tunjuk ajar daripada seorang guru atau ustaz"

Di dalam kitab Athar Al-Qiraat fi Fiqh Al-Islami ada menyebeut tentang antara kelebihan umat Muhammad SAW ini ialah ilmunya yang mempunyai sanad. Maka sesungguhnya sanad ini adalah di antara keistimewaan umat Khatimu Al-Biya'.

Perlu diingatkan kepada para penuntut ilmu sekalian, sanad mahupun ijazah bukanlah sesuatu yang perlu dibonggakkan atau dibanggakan. Ia sebernanya adalah amanah yang dipikul di bahu seseorang. Jika mati seorang ulama', maka perjuangannya akan disambung oleh murid-muridnya. Oleh itu, janganlah sesekali mencacatkan amanah itu dan jagalah ia sampai akhir hayatmu. Sesungguhnya, itu adalah saham yang akan membantumu di akhirat kelak.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Macam Mana Tak Melenting?

Thursday, October 15, 2009

Melenting? Tak lah sampai tahap tu, tapi agak panas juga lah. Serius aku kata, aku memang pantang kes² yang macam ni. Kalau nak islah, gunalah cara yang berhikmah. Kalau nak kata, siasatlah dulu asal usul, bimbang akan jadi fitnah pula. Mmmm, untuk korang tidak bingung dengan apa yang sedang aku luahkan ini, baca dulu di sini.

Aku tidak nafikan, memang wujud golongan yang sebegitu. Sikap angkuh dan bongkak ini bukan perkara asing bagi makhluk yang bergelar manusia ni. Tak nanti masuk Shoubra untuk miliki penyakit hati ni, tapi kebetulan orang yang menegur tu adalah bekas pelajar Shoubra. Kami di sini tak nafi apa yang Ustaz Othman Hamzah kata tu, cuma apa yang kami tak puas hati ialah ulasan yang dibuat oleh saudara pengarang blog 'Camar Putih' tu yang seakan-akan menghukum semua qura' di Shoubra ni berperangai begitu. Agak² lah wahai saudaraku yang ku hormati. Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Takkan kerana garam secubit jadi masin gulai sekawah.

Cuba lihat apa pula komen sahabat blogger tentang perkara ni.

Aku tertarik untuk menyentuh sedikit pasal sanad ni. Aku pernah berjumpa dan bercakap dengan 'orang lama' yang pernah menuntut di bumi Shoubra ni dan sekarang ini beliau adalah seorang tenaga pengajar di salah sebuah pondok di Kelantan. Pada zamannya dulu, untuk mendapatkan sanad daripada sheikh adalah sangat mahal berbanding sekarang. Untuk menghabiskan 30 juzuk Al-Quran sama ada talaqi atau tasmi' paling kurang 1500 LE dan untuk mendapatkan sanad bertulis pula perlu ditambah 1500 LE lagi. Oleh sebab itulah beliau tidak mengambil sanad pada waktu itu kerana kos yang agak tinggi. Lain pula keadaannya dengan waktu sekarang. Kebiasaanya kos untuk menghabiskan 30 juzuk Al-Quran adalah lebih kurang 1000 LE dan secara automatiknya mendapat sanad bertulis. Apabila mendapat tahu hal ini, beliau telah singgah sebulan di Mesir untuk mendapatkan sanad sebelum berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah. Setakat tu lah apa yang aku tahu dan faham tentang perbezaan 'orang dulu' dan 'orang baru' mendapatkan sanad daripada sheikh. Namun perlu diingatkan, lain sheikh, lain pula caranya. Ada yang memberikan sanad secara percuma, ada yang mengenakan bayaran dan ada juga sheikh yang tidak memberikan sanadnya walaupun kita telah khatam Al-Quran dengannya. Semua ini ada sebab dan musabab masing². Sejauh mana kepentingan sanad ni, insya-Allah aku akan cuba ulas pada posting akan datang.

Berkaitan dengan solat jemaah yang turut disentuh oleh pengarangnya itu, antaranya boleh dirujuk di sini.

Oleh itu, jika tidak tahu, jangan pula buat² tahu. Kaji dan faham terlebih dahulu sebelum menulis seperti mana kita dituntut berfikir dahulu sebelum bercakap. Jangan disebabkan penulisan kita, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Tolong tegur jika aku silap dan jutaan kemaafan ku pohon atas kekasaran.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Awekku Bini Orang

Saturday, October 10, 2009

Sayu dan pilu apabila mengenangkan awekku kini sudah bergelar isteri kepada orang lain. Telah ku duga semua ini akan terjadi, namun apakan dayaku Perancangan-Nya mengatasi perancanganku. Mungkin silap aku juga kerana dari awal tidak menyatakan hasrat hatiku padanya. Tapi oleh sebab hari itu hatiku terlalu celaru dengan masalah yang datang tanpa diundang, aku menangguhkanku dulu hasratku. Tambahan pula, aku masih menunggu jawapan daripada Ilahi sama ada benarkah dia untukku ataupun sebaliknya. Alhamdulillah, sekarang ini aku telah mendapat jawapannya.

Apa yang lebih menikam hatiku ini ialah suaminya itu adalah kawan seperjuangan yang sama-sama belajar di sini. Entah bila dan bagaimana dia berhubung dengan 'bekas' awekku itu. Cuma yang pasti aku lebih awal mengenalinya daripada kawanku itu. Biarlah, aku sanggup mengundur diri demi kebahagian mereka. Mungkin ada hikmah disebalik ujian yang melanda ini. Mungkin Allah menurunkan hujan untuk menghadiahkanku pelangi.

Aku bersyukur pada-Mu ya Allah. Ku pohon Engkau berikanlah kekuatan kepada diriku ini untuk menempuhnya. Semoga mereka berdua hidup bahagia melayari bahtera hingga hari akhirat. Amin...

*** Begitulah luahan hati sahabatku. Semoga dia dipertemukan jodoh yang lebih baik dan solehah. Insya-Allah.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Mampukah Aku??

Thursday, October 8, 2009

Hari ini sheikh tidak hadir, namun tidak menjadi kerugian rasanya untukku meluangkan sedikit masa beriktikaf di masjid selepas solat Asar. Sekurang-kurangnya, boleh juga aku mengulang Al-Quran di situ. Maklumlah, bila dah sampai rumah, macam-macamlah dugaan dan cubaan yang datang. Ada je terlintas perkara-perkara yang hendak dilakukan. Dalam erti kata lain, akan tertangguh lah niat asal.

Di suatu sudut dalam masjid terdapat sekumpulan warga tua yang turut sama mengaji. Salah seorang daripada mereka telah menarik perhatianku. Tidak cukup dengan mengaji menggunakan Al-Quran yang sebesar monitor komputer 21 inci, ditambah pula dengan kanta pembesar. Raut wajahnya menampakkan kesungguhan untuk melihat dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Seakan-akan mengeja satu huruf demi satu huruf untuk menyempurnakan satu ayat demi satu ayat. Masya-Allah.

Begitulah situasi yang berlaku depan mataku yang telah membuatkanku termenung dan merenung. Mampukah aku menjadi sepertinya jika usiaku panjang seperti usianya? Adakah semangat dan kekuatan yang ada pada hari ini akan kekal sehingga hari terpisah roh dengan jasad?

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami setelah Engkau berikan hidayah kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau. Sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Pemberi Kurnia"
(surah Ali- 'Imran : ayat 8)

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Radio Jebril

Tuesday, October 6, 2009

  • Untuk memuat turun 'wingadget' Radio Jebril untuk Windows Vista <<.KLIK DI SINI.>>
  • Untuk mendengar Radio Jibril dalam 'Pocket PC' atau 'Palm' dengan menggunakan program 'Itune atau 'Gsplayer', sila taip alamat ini >> http://gebril.com:8000
  • Anda juga boleh mendengar Radio Jebril menggunakan 'Shoutcast Broadcasting'. Buka program 'Winamp' atau 'Windows Media Player' dan taip alamat ini >> http://gebril.com:8000
  • Daripada Mac OS anda, buka 'Itunes' dan 'paste' http://gebril.com:8000 ke dalam 'Itunes streaming window.

Selamat mencuba. Daripada korang asyik mendengar lagu 24 jam, cubalah seling-seli dengan bacaan ayat suci Al-Quran pula. Lagi banyak, lagi baik. Moga-moga ketenangan dapat dirasa bersamai.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Runtuh Lagi

Banyaknya bala yang menimpa dunia sekarang ini. Tidak cukup dengan gempa bumi yang melanda baru-baru ini, ditambah pula dengan runtuhan bumbung Masjid Kampung Batu Putih iaitu salah sebuah masjid di Terengganu. Bumbung masjid yang bernilai kira-kira RM 2.1 juta telah runtuh pada pukul 9.00 pagi Sabtu yang lalu di mana waktu itu cuaca baik tanpa hujan, ribut, mahupun gempa bumi. Berita Lanjut.


Lagi-lagi negeri kelahiran aku. Sebelum ini stadium. Lepas tu sekolah dan kini masjid pula. Apa pula yang akan runtuh nanti? Aku tidak bermaksud mengharapkan kejadian-kejadian yang seperti ini berlaku, tetapi sekadar peringatan agar mengambil langkah berjaga-jaga terhadap semua projek UMNO yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Kuantiti tidak menjadi masalah, tetapi rasuah dan sikap tamak kroni-kroni dan kontraktor-kontraktor UMNO ni yang menjadi masalah yang sangat besar. Demi kepntingan diri sendiri, golongan-golongan yang bangang ni sanggup membahayakan nyawa orang lain. Takkan kita mahu mendengar ada korban nyawa baru hendak bertindak dengan tegas? Bagaimana pula jika ianya berlaku pada orang yang kita kenali dan sayangi? Nauzubillahiminzaalik.

Oleh itu para sahabat yang dirahmati Allah sekelian marilah sama-sama berdoa kepada Allah agar digulingkan kerajaan yang zalim ini baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Ingatlah bahawa suatu hari nanti Islam akan menang dan pastikan diri kita menjadi antara penyebab kemenangan tersebut.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Muhasabah Ramadhan & Puasa 6

Sunday, October 4, 2009

Jika dulu solat lima waktumu di masjid, mengapa tidak sekarang?
Jika dulu kau mampu berpuasa selama sebulan, mengapa hari ini sehari pun kau tidak mampu?
Jika dulu sebutir Al-Quran kau khatam, mengapa kini satu muka pun kau tak mampu habiskan?
Jika dulu Solat Tarawih kau gagah dirikan, mengapa kini tidak kau gantikan dengan solat-solat sunat yang lain?
Jika dulu kau rajin qiamullail, mengapa hari ini kau malas?
Jika dulu kau suka memberi orang makan, mengapa kini seteguk air pun kau berkira?
Jika dulu kau menjaga setiap tutur bicaramu, mengapa hari ini sangat lantang kau berbicara?
Jika dulu airmata ketaqwaanmu mudah mengalir, mengapa kini walaupun setitis sukar untuk kau curahkan?
Jika dulu kau pernah berazam, dimana perginya azam-azammu itu?
Jika dulu kau kuat, mengapa kini kau lemah melawan hawa nafsumu?
Adakah kau beriman kepada Allah? Ataupun kau beriman kepada bulan Ramadhan?
Sama-sama renungkan

Hari ini berbaki 14 hari lagi untuk Syawal meninggalkan kita. Persoalannya, sudahkah kita berpuasa enam pada bulan ini? Jika belum, masih belum terlambat untuk melaksanakannya walaupun yang lebih afdholnya adalah berpuasa enam hari berturut-turut sehari selepas solat Aidilfitri iaitu pada 2 Syawal mengikut mazhab Shafie. Namun jika tidak berturutan, seseorang itu masih lagi mendapat keutamaan puasa enam setelah sebelumnya sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan. Jangan lepaskan peluang yang ada ini untuk sama-sama mendapatkan ganjaran yang sangat besar ini sepertimana yang telah disebut dalam Hadis Rasulullah SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Barang siapayang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.”
(HR. Muslim)

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Aku Memancing di Tepi Kubur??

Thursday, October 1, 2009

Tak pernah terlintas dalam fikiranku untuk merasai pengalaman memancing di Bumi Anbiya' ni. Biasa lah, itu semasa aku belum mengenali Mesir ni dan yang lebih dasyat, ada yang bertanya, "Ada tempat memancing ke kat Mesir??". Aduh, macam lah Mesir ni semuanya padang pasir. Jangan lupa, di sini ada sungai yang terpanjang di dunia iaitu Sungai Nil dan di sini juga adalah antara tanah paling subur di dunia.

Malam itu lebih kurang jam 11 malam aku dan rakan-rakan memulakan perjalanan. Berbekalkan lampu suluh, kami berjalan kaki melalui kebun kurma yang gelap gelita untuk sampai ke sebatang tali air dan di situlah tempat yang bakal kami melakukan aktiviti memancing ni. Tiba di sana, masing-masing mencari pot untuk melabuhkan joran. Aku sebagai orang baru yang memancing di sana pada mulanya merasa agak takut untuk berjauhan dengan rakan-rakanku, tetapi apabila dua ekor ikan yang telah tewas di mata kailku, perasan takutku hilang serta-merta seakan-akan aku telah serasi dengan kawasan itu.

Selepas mendapati tiada tanda-tanda ikan yang lain akan memakan umpanku di situ, aku pun pergi mencari pot yang baru. Bunyi kocakan air di suatu kawasan telah 'memancing' aku untuk ke sana dan ia agak jauh daripada rakan-rakanku yang lain. Namun begitu, semangatku yang berkobar-kobar telah menenggelamkan perasan takutku. Tidak ku endahkan langsung bunyi-bunyian yang kerap kali datang daripada semak-samun. Tiba-tiba datang seorang rakanku dan bertanya,"Hang buat apa kat sini..?". Aku pun dengan ikhlas hatinya menjawab,"Saya sedang memancing ikan di dalam air". Dia pun terus pergi meninggalkanku sambil berkata,"Hang tak payah lah mancing kat sini, bukannya ada ikan pun". Aku yang sememangnya sudah bosan duduk sorang-sorang di situ lalu pergi mendapatkan rakan-rakanku.

Azan Subuh yang kedengaran sayup-sayup telah memanggil kami untuk pulang. Di tengah perjalanan, rakanku yang tadi bertanya,"Hang tau tak apa yang ada di sebalik tembok tinggi tu?". Memang aku perasan ada tembok tinggi di seberang tali air tempat aku memancing tadi, tapi dalam fikiranku ia adalah kawasan kilang memandangkan berhampiran dengan kebun dan sawah padi. Ternyata aku telah silap. Disebalik tembok tinggi yang seluas mata memandang itu adalah kawasan kubur. Naik bulu roma aku mendengarnya. Tamabahan pula waktu tu kami masih lagi berada ditengah-tengah kebun yang jaraknya lebih 3 km dari kawasan perumahan. Aduh, kenapa tidak diberitahu apabila sampai di rumah nanti? Mulalah hatiku merasakan ada sesuatu yang mengekori. Ketika aku sedang mengarang karangan ini pun, 'mende' tu seakan-akan merenung setiap kalimah yang ku tulis dan sewaktu kalian sedang membaca karanganku ini, 'mende' tu mungkin turut membaca bersama kalian.
AMARAN - Jangan pandang belakang!!!

eee...
mcm betul je...
sungguh ke ni...?
aku berkhayal ke??
sakinya bahu...

Hmmm, kenapa aku perlu rasa takut? Aku bukanya buat kacau atau buat salah kat tempat tu. Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi. Satu lagi, sebab itulah pentingnya kita mengikhlaskan niat sebelum melakukan sesuatu dan seandainya berlaku perkara yang tidak diingini, moga-moga kita mendapat perlindungan daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah itu menguasai terhadap sesuatu yang lain.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Jika Ada Rezeki Pasti Ketemu

Monday, September 28, 2009

Malam itu aku dan beberapa orang sahabatku keluar berjalan-jalan di Soi'di, Dumyat. Agak lewat juga kami pulang pada malam itu, lebih kurang pukul tiga pagi. Sampai di rumah, tiba-tiba Faris memberitahu bahawa hsetnya telah tiada. Berbagai-bagai soalan yang kami ajukan padanya. Buat lawak ke pagi buta ni? Yakin ke hset itu dibawa bersama? Kalau ya, di mana kemungkinan hset itu tercicir? Dia dengan yakinya menjawab kemungkinan tercicir di dalam tremkol yang dinaiki untuk pulang tadi. Kami bersependapat bahawa kemungkinannya agaklah besar. Jika ditelefon hset itu, risikonya agak tinggi kerana ianya bergantung kepada kejujuran dan kebaikan tuan tremkol itu. Tidak dapat tidak, kami terpaksa pergi ke Soi'di kembali untuk mencari tremkol tadi. Tapi masalahnya bagaimana? Hanya ada tiga jalan iaitu yang pertama berbasikal tetapi tuan basikal tidak dapat dihubungi. Keduanya menaiki teksi, itupun kebetulan kalau ada yang lalu. Terakhirnya berjalan kaki.

Tanpa banyak soal, cara yang ketiga menjadi pilihan. Faris, Sohif, dan aku keluarlah berjalan kaki pada pagi itu dengan harapan ada teksi yang lalu. Malangnya nasib kami malam itu, bukan setakat teksi, lori pun tak ada yang lalu. Kalau diteruskan perjalanan dengan berjalan kaki, sampai Subuh baru sampai dan tuan tremkol itu pula kemungkinan dah balik rumah. Terpaksalah menggunakan cara yang terakhir iaitu menelefon hset Faris itu. Moga-moga sesiapa yang menjawab panggilan itu baik hati untuk memulangkannya kembali. Sebernarnya, hset itu tidak lah terlalu mahal, tapi kandungan di dalamnya yang lebih disayangi. Sambil duduk ditengah-tengah pembahagi jalan, aku pun cuba mendail. Seperti yang dijangka, panggilanku itu telah masuk ke dalam peti pesanan suara yang menandakan hset itu kemungkinan ditutup ataupun tiada signal. Berkali-kali aku mencuba dan akhirnya kedengaran bunyi deringan. Kemudian panggilanku dijawab oleh seorang arab. Aku yang sememangnya lemah berbahasa Arab ni pun cubalah 'mengayat' arab tersebut agar dia dapat memulangkan hset itu. Dia memberitahuku bahawa dia kini berada di suatu tempat yang mana aku pun kurang jelas dengan lokasinya dan dia akan mengembalikan hset tersebut pada keesokan harinya selepas waktu Asar. Paling awal pun pada pukul 8 pagi. Hanya itu kata putus yang mampu aku perolehi daripada perbincangan dengannya. Doa dan tawakkal saja lah yang mampu kami lakukan.

Selepas solat Subuh pagi tu, kami cuba menahan mata untuk menunggu sehingga pukul 8 pagi. Apabila masuk waktu yang ditunggu, aku pun menelefonnya kembali. Tapi sedihnya, panggilan tidak dijawab. Selepas solat Asar, sekali lagi aku mnecuba dan akhirnya arab tersebut menjawab panggilanku. Dia menyuruh aku untuk bertemu dengannya di mau'af Soi'di. Tanpa membuang masa, kami terus bergegas ke sana. Hanya aku seorang yang ingat dan cam wajah tuan tremkol tersebut memandangkan aku yang membayar tambang semalam. Agak lama juga kami menantikan kehadirannya. Tiba-tiba dari jauh aku terpandang sebuah tremkol usang yang dipandu oleh orang arab yang kami tunggu. Kami terus bergegas mendapatnya. Tetapi dia seakan-akan tidak tahu apa-apa tentang perkara yang berlaku. Kami pun turut menjadi keliru. Untuk mendapatkan kepastian, kami cuba mendapatkan pertolongan seorang arab yang lain untuk menelefon hset Faris itu. Ternyata andaian pertama kami telah silap kerana orang yang sedang kami tunggu masih lagi dalam perjalanan dan dia meminta kami untuk menunggunya di kawasan menunggu teksi. Pulak dah.. Hmmm, di mana sebenarnya hset Faris telah tercicir? Siapa pula orang arab yang menjumpainya? Bolehkah kami percaya dengan kata-katanya kali ini?

Usaha mesti diteruskan. Kami pun pergilah ke lokasi yang diberitahu. Lebih kurang lima minit menanti, tiba sebuah teksi lalu pemandunya yang tidak kami kenali melambai-lambai tangan memanggil kami. Kami pun terus pergi kepdanya. Kemudian dia mengeluarkan dua buah hset dan bertanyakan yang mana satu hset kepunyaan Faris. Kami berpendapat dia mungkin mahu menguji kejujuran kami dan sudah tentulah Faris lebih mengenali hset miliknya. Selepas mendapat kembali hset yang dirindui itu, kami mengucapkan jutaan terima kasih beserta dengan pujian atas kebaikan dan kejujurannya. Kami turut menghulurkan sedikit wang tanda terima kasih namun dia menolak dengan sekeras-kerasnya. Elok juga hati kami berkata. Tetapi yang menjadi persoalannya, bagaimana hset Faris boleh berada di tangan pemandu teksi tersebut?

Sedang kami tengah berjalan, Faris teringat akan sesuatu. Dia memberitahu bahawa teksi tadilah yang dia naiki ketika mana hendak pergi ke Soi'di semalam. Bermakna, hsetnya telah tercicir di dalam teksi dan bukan di dalam tremkol. Tambahan pula, selepas lebih empat jam baru dia perasan yang hsetnya itu telah hilang. Mana kami tak bengang? Tergelak juga kami dibuatnya. Kalu ikutkan logik dan kebiasaan, memang agak mustahil untuk menjumpai hsetnya itu kembali. Tetapi sudah menjadi rezeki dan takdir Allah SWT hsetnya yang hilang itu berjaya didapatkan kembali. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran pada-Nya.


Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Eid Mubarak 2009

Wednesday, September 23, 2009

1 Syawal menjelma lagi. Aku masih lagi diberi nyawa oleh Maha Pencipta untuk menyambut hari kemenangan bagi Umat Islam diseluruh dunia. Tahun 2009 bersamaan 1430 Hijrah, sekali lagi aku tidak dapat beraya bersama keluarga di Malaysia. Sebenarnya memang sengaja aku memilih untuk beraya disini agar dapat beraya dan merasai suka duka bersama sahabat-sahabat seperjuanganku memandangkan ini mungkin kali terakhir aku dapat beraya di bumi Mesir ini.

Seperti biasa sambutan hari raya di sini bermula pada malam 1 Syawal selepas solat Isyak. Aktiviti dimulakan dengan menyediakan bahan-bahan untuk memanggang dan memasak disamping suara takbir raya bergema di corong suara komputer. Diselang-seli pula dengan lagu dan nasyid yang bertemakan hari raya agar dapat mendatangkan suasana dan semangat yang seakan-akan kami sedang menyambut aidilfitri di tanah air. Namun, suasana yang diharapkan itu masih terdapat kekurangan kerana tiada di samping ahli keluarga tercinta. Selurang-kurangnya,kesibukan bergotong-royong bersama rakan-rakan telah menghilangkan sedikit sebanyak rasa sedih dan sayu. Jika nak dibandingkan dengan nasib Umat Islam yang lain yang telah kehilangan keluarga dan saudara-mara, kami masih lagi sangat beruntung dan bersyukur pada-Nya.











Lebih kurang seawal jam 3 pagi, kami bergilir-gilir untuk menelefon keluarga masing-masing yang berada di Malaysia memandangkan waktu itu bersamaan jam 9 pagi waktu Malaysia. Ada yang sampai mengalirkan air mata syahdu ketika berkomunikasi dengan mereka dan aku pula secara jujur tidak berasa begitu sayu pada pagi itu. Aku pun tidak begitu pasti sebabnya. Tidak seperti raya sebelum ini dimana banyak juga air mata yang aku curahkan ketika mana mendengar suara ibu dan ahli keluargaku. Tapi kali ini mungkin disebabkan ibuku sudah biasa dan kalis dengan situasi ini, maka kesedihan dan kesayuan kurang kedengaran dalam setiap kata-katanya. Mungkin juga sekarang ini ibuku sudah semakin pandai berlakon dan mengawal emosinya dan aku pula berusaha menjadikan lakonannya itu berjaya.

Lebih kurang sejam selepas solat Subuh pada 1 Syawal, bergema takbir raya di udara yang menandakan solat sunat Aidilfitri semakin hampir untuk didirikan secara berjemaah. Sedikit kelainan yang telah dibuat di Masjid Umar pada tahun ini dimana kawasan untuk solat telah diperluaskan dan dihampar dengan permaidani serta direntangi dengan kain berwarna-warni. Mungkin ianya dibuat sempena kehadiran wakil rakyat kawasan Shoubra yang turut sama menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Umar.










Selepas selesai solat, sesi bergambar bermula sambil masing-masing bersalam-salaman memohon kemaafaan antara satu sama lain. Satu Syawal 1430 seperti biasa diakhiri dengan menjamu makanan yang telah disediakan bersama. Maka tamatlah raya pada hari itu.





Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Jemaah Solat Tarawih Di Iskandariah

Wednesday, September 16, 2009

Posting kali ini aku ambil daripada mesej yang telah difowardkan ke dalam emel aku pada malam 27 Ramadhan 1430 Hijrah bersamaan 16 September 2009. Sememangnya aku kagum dan sangat ta'ajjub dengan apa yang berlaku. Terdapat beberapa penambahan yang telah aku buat terhadap terjemahannya agar lebih mudah untuk difahami. Aku tidak begitu pasti tentang tahun dan tarikh sebenar gambar-gambar ini diambil. Maka sesiapa yang ada maklumat yang lebih lanjut tentangnya, diharap agar dapat dikongsi bersama. Saksi dan renungkanlah.

Gambar jemaah solat tarawih pada bulan Ramadan di Bandar Iskandariah
(sebuah pantai terkenal di Mesir)

Masha Allah. Allahu Akbar

اللهم زد هذا الجمع وبارك فيه هذه مصر ...
صور أفزعت العالم !!
المــكان : مدينـة الإســكندرية
المسجد : القائد إبراهيم - بمحطة الرمل حي الشاطبي وشاطىء الكورنيش
الشيخ : حاتم .. وهو من قـرّاء مدينة دمنهور إحدى المدن الصغيرة بجوار الإسكندرية
الزمان : صلاة التراويح شهر رمضان
هذه مصــر - أروع صور ممــكن تشوفها عن مصر
مليون مصلي
(الصور التي أفزعت المراكز البحرية الأمريكية)


Allah.. tambahkan jemaah ini dan muliakan didalamnya rakyat Mesir ini...
Gambar yang mengejutkan dunia !!
Tempat: Bandar Iskandariah Mesir
Sheikh (Imam): Imam Hatim dan beliau adalah seorang Qori daripada Damanhur
(sebuah bandar kecil yang berhampiran dengan bandar Iskandariah)

Masjid: Masjid Al-Qaid Ibrahim Hayyu Syatibi Mahattah Raml.
Jumlah : 1 juta pesolat
(Gambar ini mengejutkan Marine Amerika)






Sesiapa yang pernah sampai dan tahu tentang lokasi tempat ini, pasti akan berasa lebih luar biasa dengan situasi yang berlaku kerana ia adalah salah satu tempat yang sentiasa dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar Mesir. Ini bermaksud, lokasi ini bukanlah satu kawasan perumahan. Tambahan pula jalan rayanya sentiasa sesak dengan kenderaan-kenderaan yang melaluinya memandangkan ia adalah antara jalan utama yang menghubungkan timur dan barat bandar Iskandariah ini.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Duit Raya Bulan Puasa

Sunday, September 13, 2009

Kalau kat Malaysia aku dapat duit raya pada hari raya, tapi kat sini aku dapat duit raya pada bulan puasa. Nak panggil duit raya pun tak sesuai jugak sebenarnya sebab duit ni dapat pada bulan puasa. Tapi takkan nak panggil duit puasa kot? Hmmmm, ikutlah mana-mana pun, janji duit tetap duit. Persoalannya, siapa yang baik hati sangat tu yang bagi duit raya kat aku yang dah berumur lebih daripada dua dekad ni? Aku seorang saja ke yang dapat? Banyak ke? Ini pengalaman yang aku nak kongsi ni sebab bagi aku, ini adalah antara salah satu perkara yang boleh membuatkan aku kagum dan respek dengan bangsa arab mesir ni.

Sebenarnya, duit yang aku maksudkan tu ialah duit yang diberikan oleh seseorang hamba Allah kepada pelajar-pelajar wafidin(bangsa selain arab) yang belajar di bumi mesir ini termasuklah pelajar-pelajar Thailand dan Patani. Istilah yang lebih tepat lagi ialah tabarro' dan ianya lebih kurang macam sedekah. Aku pun baru je tahu pasal tabarro' ni. Itupun kebetulan aku datang ke Dumyat sebab nak rasa suasana Ramadhan kat sini. Kalau kat Kaherah, tak pernah lagi aku jumpa. Mungkin ada, tapi aku je yang tak tahu kot.

Sebelum seseorang tu nak buat tabarro', dia akan membertahu kepada mana-mana pelajar tempat dan waktu untuk membuat tabarro' ni. Pelajar tersebut bertanggungjawab menyampaikan dan memaklumkan kepada pelajar-pelajar yang lain. Kebiasaannya lebih kurang 200 orang pelajar yang hadir untuk terima tabarro' ni. Nilai tabarro' yang diterima oleh seorang pelajar tu tak la besar sangat, lebih kurang sepuluh hingga lima puluh genih seorang. Tapi bayangkan kalau seorang dapat 20 genih didarab dengan 200 orang pelajar, nilainya hampir lima ribu jugak tu. Tambahan pula hampir setiap hari ada orang buat tabarro' ni. Setakat empat hari aku berada kat dumyat ni, dah tiga kali dah aku dapat. Alhamdulillah, rizqun mina Allah.

Betul la orang kata, orang arab pada bulan puasa ni memang terserlah kebaikan diorang. Memang lah bukan semuanya baik, tapi majoritinya banyak yang baik berbanding yang buruk. Yang penting, apa yang baik pada diorang ni kita cuba contohi dan yang buruk tu jangan kita ikut. Sesungguhnya, setiap kejadian itu ada kelebihan dan kelemahan melainkan hanya Allah SWTT sahaja Yang Maha Sempurna.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Lailatu Al-Qadri

Friday, September 11, 2009

Memandangkan kesibukan yang melanda diriku dan berada di luar Kaherah, aku tidak dapat mengambil masa yang lama untuk posting kali ini. Maka aku cuba ringkaskan huraian yang berkaitan dengan malam Al-Qadr, malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini.

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (QS. Al-Qadar 1-5)



Aku ingin mengajak dan menyeru kepada para pembaca sekelian agar tidak akan membiarkan sepuluh malam terakhir Ramadhan ini berlalu tanpa mendapatkan keampuanan dan keredhaan Allah SWT.

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: “لَيْلَةُ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الْبَوَاقِى، مَنْ قَامَهُنَّ ابْتِغَاءَ حِسْبَتِهِنَّ، فَإِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَغْفِرُ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ

Dari Ubadah bin Shamit bahwa Rasulullah SAW bersabda : Malam lailatul qadar berada pada sepuluh malam terakhir, barangsiapa yang solat dimalamnya untuk mendapatkan pahalanya, maka Allah tabaraka wata’ala akan menghapus dosanya yang telah lalu dan yang akan datang (HR. Ahmad)


Rasulullah SAW masih tetap berusaha untuk memperbanyakkan amal ibadat pada sepuluh malam terakhir walaupun sudah dijanjikan syurga oleh Allah.

عَنْ عَائِشَةَ - رضى الله عنها - قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَوَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ.

Dari Aisyah berkata: “Adalah Rasulullah saw jika masuk sepuluh malam terakhir Ramadlan beliau menghidupkan malam, membangunkan keluarganya, bersungguh-sungguh dan mengencangkan sarungnya.” (H.R. Muslim).



Begitu juga dengan para sahabat Rasulullah yang turut mengambil peluang sepuluh terakhir Ramadhan ini untuk memperbanyakkan amal ibadat.

عَنْ عٌيَيْنَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمنِ عَنْ أَبِيْهِ قَالَ : ذَكَرْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ عِنْدَ أَبِيْ بَكْرَةَ فَقَالَ مَا أَنَا بِمُلْتَمِسُهَا بَعْدَ مَا سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ إِلَّا فِي عَشْرِ الْأَوَاخِرِ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَقُوْلُ اِلْتَمِسُوْهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ فِي الْوِتْرِ مِنْهُ قَالَ فَكَانَ أَبُوْ بَكْرَةَ يُصَلِّي فِي الْعَِشْرِين مِنْ رَمَضَانَ كَصَلَاتِهِ فِيْ سَائِرِ السُّنَّةِ فَإِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ اجْتَهَدَ

Dari Uyainah bin Abdul Ar-Rahman dari Bapanya: “Saya membicarakan lailatul qadar di sisi Abu Bakrah kemudian beliau berkata: “Saya tidak mencarinya kecuali pada sepuluh malam terakhir setelah saya mendengarnya dari Rasulullah saw. Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Carilah pada sepuluh malam terakhir iaitu malam-malam ganjil darinya. Lalu Bapa Abdurrahman berkata: “Abu Bakrah solat pada 20 malam pertama di bulan Ramadlan sama sebagaimana solatnya di hari-hari lain sepanjang tahun. Namun ketika memasuki sepuluh malam terakhir iapun bersungguh-sungguh.” (H.R. Ahmad)


Doa yang dituntut untuk dibaca pada malam-malam Ramadhan:

عَنِ بْنِ بُرَيْدَةَ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ قَالَ تَقُولِينَ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Dari Ibnu Buraidah ia berkata: Aisyah r.a. berkata: “Ya Nabi Allah bagaimana pendapatmu jika saya menjumpai malam lailatul qadar maka apa yang saya ucapkan. Beliau menjawab: Ucapkanlah: “Ya Allah sesungguhnya engkau maha pengampun dan mencintai orang-orang yang memohon ampun maka ampunilah saya”. (HR. Ahmad)


Masih belum terlambat untuk kita sama-sama menghidupkan malam kita dengan solat dan amal -amal ibadah yang lain hanya kerana Allah SWT. Semoga kesannya dapat dirasai bersama.

Wallahua'lam.


[+/-] Read More...

Nuzul Al-Quran

Monday, September 7, 2009


Hari ini tanggal 17 Ramadhan bersamaan Hari Nuzul Al-Quran Al-Kareem. Ramadhan menghampiri fatrah ketiganya dan semakin meninggalkan kita. Kalau di Malaysia, hari Nuzul Al-Quran ini sangat dinantikan kerana merupakan hari cuti umum bagi rakyatnya tidak kira apa jenis bangsa dan agama. Sekurang-kurangnya, masyarakat kita dapat tahu bahawa hari ini ialah antara hari yang sangat pernting dan bermakna dalam sejarah Islam sehinggakan diiktiraf menjadi cuti umum walaupun ramai lagi yang masih kabur dengan sejarahnya. Secara ringkasnya, Nuzul Al-Quran ini bererti penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Al-Quran ini disimpan oleh Allah di Luh Mahfuz dalam satu bentuk yang mana hanya Allah dan malaikatnya sahaja yang mengtahui. Daripada Luh Mahfuz diturunkan Al-Quran ini ke Baitul Izzah (langit dunia) sekaligus pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturun dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril AS secara berperingkat-peringkat selama tempoh 23 tahun.

Sempena kedatangan hari yang agung ini, marilah kita sama-sama memuhasabah diri msaing-masing. Antara persoalan yang patut timbul dikepala kita ialah berapa juzuk Al-Quran yang telah dibaca sepanjang bulan ini ataupun berapa kali kita sudah khatam Al-Quran pada bulan ini? Ini tidak bermakna hanya pada bulan Ramadhan sahaja kita dituntut untuk membaca dan khatam Al-Quran tetapi memandangkan ganjaran yang amat besar di sisi Allah bagi siapa yang membaca dan khatam Al-Quran di bulan Ramadhan ini berbanding pada bulan-bulan yang lain. Sungguhpun pada bulan-bulan selain Ramadhan jika dibaca satu huruf daripada Al-Quran akan diberi sepuluh kali ganjaran, maka lebih-lebih lagilah akan dilipat ganda ganjaran pahala jika Al-Quran dibaca pada bulan ini.

Sabda Rasulullah saw:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”

(HR Tirmidzi)

Sabda Rasulullah saw:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

Orang yang membaca Al-Qur’an sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an, tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya (belum lancar), dia akan mendapat dua pahala.”

(HR Bukhari & Muslim)

Sabda Rasulullah saw:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ

Bacalah Al-Qur’an karena dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya. Bacalah ‘Zahrawan” surat al-Baqarah dan Ali Imran, karena keduanya kelak hari kiamat akan datang menyerupai awan atau kumpulan burung yang melebarkan sayapnya yang akan membela orang yang membacanya. Bacalah surat al-Baqarah karena membacanya penuh berkah, meninggalkannya penyesalan dan para tukang sihir tidak akan bisa memperdaya

(HR Muslim)

Maka dengan sebab itu, aku menyeru kepada sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekelian agar menggunakan peluang dan kesempatan yang ada ini untuk sama-sama kita mendekatkan diri kita dengan Al-Quran agar dapat menjadi syafaat dan pertolongan pada hari akhirat kelak. Lawanlah hawa nafsu malasmu untuk membaca Qalam Allah ini paling kurang pun satu juzuk sehari. Diriwayatkan oleh Imam Dzahabi bahawa Ibnu Mas'ud biasanya mengkhatamkan Al-Quran dari hari Jumaat hingga ke hari Jumaat berikutnya manakala pada bulan Ramadhan beliau mengkhatamkan Al-Quran tiga hari sekali. Sa'id bin Jubar dan Aswab bin Yazid mengkhatamkan Al-Quran dua hari sekali. Rabi' bin Sulaiman berkata bahawa Imam Syafi'i biasanya mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 60 kali pada bulan Ramadhan. Masya Allah.

Semoga apa yang kita baca ini dapat menjadi motivasi kepada kita untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran Al-Kareem pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dan juga pada bulan-bulan yang lain.


Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

☼☼☼ FLASH Al-QURAN ☼☼☼
Al-Quran Versi Flash
☼☼☼ ARRAHMAH.COM ☼☼☼
 
Esmaa3 Kalaami © 2009. Template renew and edited by in_saff03.