Macam Mana Tak Melenting?

Thursday, October 15, 2009

Melenting? Tak lah sampai tahap tu, tapi agak panas juga lah. Serius aku kata, aku memang pantang kes² yang macam ni. Kalau nak islah, gunalah cara yang berhikmah. Kalau nak kata, siasatlah dulu asal usul, bimbang akan jadi fitnah pula. Mmmm, untuk korang tidak bingung dengan apa yang sedang aku luahkan ini, baca dulu di sini.

Aku tidak nafikan, memang wujud golongan yang sebegitu. Sikap angkuh dan bongkak ini bukan perkara asing bagi makhluk yang bergelar manusia ni. Tak nanti masuk Shoubra untuk miliki penyakit hati ni, tapi kebetulan orang yang menegur tu adalah bekas pelajar Shoubra. Kami di sini tak nafi apa yang Ustaz Othman Hamzah kata tu, cuma apa yang kami tak puas hati ialah ulasan yang dibuat oleh saudara pengarang blog 'Camar Putih' tu yang seakan-akan menghukum semua qura' di Shoubra ni berperangai begitu. Agak² lah wahai saudaraku yang ku hormati. Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Takkan kerana garam secubit jadi masin gulai sekawah.

Cuba lihat apa pula komen sahabat blogger tentang perkara ni.

Aku tertarik untuk menyentuh sedikit pasal sanad ni. Aku pernah berjumpa dan bercakap dengan 'orang lama' yang pernah menuntut di bumi Shoubra ni dan sekarang ini beliau adalah seorang tenaga pengajar di salah sebuah pondok di Kelantan. Pada zamannya dulu, untuk mendapatkan sanad daripada sheikh adalah sangat mahal berbanding sekarang. Untuk menghabiskan 30 juzuk Al-Quran sama ada talaqi atau tasmi' paling kurang 1500 LE dan untuk mendapatkan sanad bertulis pula perlu ditambah 1500 LE lagi. Oleh sebab itulah beliau tidak mengambil sanad pada waktu itu kerana kos yang agak tinggi. Lain pula keadaannya dengan waktu sekarang. Kebiasaanya kos untuk menghabiskan 30 juzuk Al-Quran adalah lebih kurang 1000 LE dan secara automatiknya mendapat sanad bertulis. Apabila mendapat tahu hal ini, beliau telah singgah sebulan di Mesir untuk mendapatkan sanad sebelum berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah. Setakat tu lah apa yang aku tahu dan faham tentang perbezaan 'orang dulu' dan 'orang baru' mendapatkan sanad daripada sheikh. Namun perlu diingatkan, lain sheikh, lain pula caranya. Ada yang memberikan sanad secara percuma, ada yang mengenakan bayaran dan ada juga sheikh yang tidak memberikan sanadnya walaupun kita telah khatam Al-Quran dengannya. Semua ini ada sebab dan musabab masing². Sejauh mana kepentingan sanad ni, insya-Allah aku akan cuba ulas pada posting akan datang.

Berkaitan dengan solat jemaah yang turut disentuh oleh pengarangnya itu, antaranya boleh dirujuk di sini.

Oleh itu, jika tidak tahu, jangan pula buat² tahu. Kaji dan faham terlebih dahulu sebelum menulis seperti mana kita dituntut berfikir dahulu sebelum bercakap. Jangan disebabkan penulisan kita, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Tolong tegur jika aku silap dan jutaan kemaafan ku pohon atas kekasaran.

Wallahua'lam.

3 comments:

Duan said...

soalan tetamu: "salam. dah betui yg ust tu kata kan? ana xrasa si camar puteh tu tak ulasa salah. dah benda btui kan? apa mksud ust? ust cam marah ja.. mhukum?"
"mhukum camana tu?"

jawapan: ana dah kata ana x nafi apa yg ustaz kata, maknanya ana sokong ucapan ustaz tu... tpi yg mnejadikan ana x puas hati ialah cara ulasan dia tu.

***...sikap yang perlu di kikis dan pendekatan yang menjadi barah kepada golongan Qurra’ ( pelajar Malaysia yang mengambil bidang Quran di Shoubro terutamanya..) ketika ini. ***

ok, sekali baca mmg nampak cam biase, tapi kenapa perlu khususkan pelajar2 shoubra?? seolah-olah hanya kami pelajar Shoubra sahaje yg bersikap angkuh ni dan pelajar2 yg di tempat lain tidak ada sikap angkuh ni.. tambahan pula tidak lansung di sebut lafaz umum di sini.. kenapa tidak diumumkan sahaje? contohnye kepada semua penuntut2 ilmu agar tidak angkuh dengan ilmu yg ade dlm dada.. bukankah itu lebih untuk didengar..??

walaupun keangkuhan itu dilakukan oleh bekas pelajar Shoubra,namun seelok-eloknya diseru kepada semua golongan penuntut ilmu untuk mengambil iktibar daripada ceritanya.. seandainya dia tidak mengkhususkan pelajar shoubra, kami di sini tetap akan mengambil iktibar drp peristiwa yg berlaku.. mana yg batil tetap batil walaupun kebatilan itu dtg dari tempat kami... tetapi janganlah sampai memperli..

*** Sahabat-sahabat Qiraat, jangan melenting ye!! ***

kepada tetamu, trime kasih atas pertanyaan dan jika ana masih salah, tegur lagi...

wallahua'lam...

@MBe said...

sy sokong us wan!!!
yap,sy bukan menyokong kerna sy turut berada dalam golongan yg 'dituju', tp sy lebih suka elakkan fitnah sesama kita golongan agamawan.
n sy jg xnafikn teguran yg diberi,tp xperlu lah ditayangkn secara umum.
sy tau pemilik blog camar putih juga seorang hamalatulQuraan n kita di dalam lorong yg sama sebenarnnya. andai teguran itu diberi secara personal lbh elok n manis. jgn jadikn fitnah sebegini sbg hujjah orang2 awam memperlekehkn golongan Quran selepas ini...

Duan said...

pa.. aku syg mu...
haha

☼☼☼ FLASH Al-QURAN ☼☼☼
Al-Quran Versi Flash
☼☼☼ ARRAHMAH.COM ☼☼☼
 
Esmaa3 Kalaami © 2009. Template renew and edited by in_saff03.