Jika Ada Rezeki Pasti Ketemu

Monday, September 28, 2009

Malam itu aku dan beberapa orang sahabatku keluar berjalan-jalan di Soi'di, Dumyat. Agak lewat juga kami pulang pada malam itu, lebih kurang pukul tiga pagi. Sampai di rumah, tiba-tiba Faris memberitahu bahawa hsetnya telah tiada. Berbagai-bagai soalan yang kami ajukan padanya. Buat lawak ke pagi buta ni? Yakin ke hset itu dibawa bersama? Kalau ya, di mana kemungkinan hset itu tercicir? Dia dengan yakinya menjawab kemungkinan tercicir di dalam tremkol yang dinaiki untuk pulang tadi. Kami bersependapat bahawa kemungkinannya agaklah besar. Jika ditelefon hset itu, risikonya agak tinggi kerana ianya bergantung kepada kejujuran dan kebaikan tuan tremkol itu. Tidak dapat tidak, kami terpaksa pergi ke Soi'di kembali untuk mencari tremkol tadi. Tapi masalahnya bagaimana? Hanya ada tiga jalan iaitu yang pertama berbasikal tetapi tuan basikal tidak dapat dihubungi. Keduanya menaiki teksi, itupun kebetulan kalau ada yang lalu. Terakhirnya berjalan kaki.

Tanpa banyak soal, cara yang ketiga menjadi pilihan. Faris, Sohif, dan aku keluarlah berjalan kaki pada pagi itu dengan harapan ada teksi yang lalu. Malangnya nasib kami malam itu, bukan setakat teksi, lori pun tak ada yang lalu. Kalau diteruskan perjalanan dengan berjalan kaki, sampai Subuh baru sampai dan tuan tremkol itu pula kemungkinan dah balik rumah. Terpaksalah menggunakan cara yang terakhir iaitu menelefon hset Faris itu. Moga-moga sesiapa yang menjawab panggilan itu baik hati untuk memulangkannya kembali. Sebernarnya, hset itu tidak lah terlalu mahal, tapi kandungan di dalamnya yang lebih disayangi. Sambil duduk ditengah-tengah pembahagi jalan, aku pun cuba mendail. Seperti yang dijangka, panggilanku itu telah masuk ke dalam peti pesanan suara yang menandakan hset itu kemungkinan ditutup ataupun tiada signal. Berkali-kali aku mencuba dan akhirnya kedengaran bunyi deringan. Kemudian panggilanku dijawab oleh seorang arab. Aku yang sememangnya lemah berbahasa Arab ni pun cubalah 'mengayat' arab tersebut agar dia dapat memulangkan hset itu. Dia memberitahuku bahawa dia kini berada di suatu tempat yang mana aku pun kurang jelas dengan lokasinya dan dia akan mengembalikan hset tersebut pada keesokan harinya selepas waktu Asar. Paling awal pun pada pukul 8 pagi. Hanya itu kata putus yang mampu aku perolehi daripada perbincangan dengannya. Doa dan tawakkal saja lah yang mampu kami lakukan.

Selepas solat Subuh pagi tu, kami cuba menahan mata untuk menunggu sehingga pukul 8 pagi. Apabila masuk waktu yang ditunggu, aku pun menelefonnya kembali. Tapi sedihnya, panggilan tidak dijawab. Selepas solat Asar, sekali lagi aku mnecuba dan akhirnya arab tersebut menjawab panggilanku. Dia menyuruh aku untuk bertemu dengannya di mau'af Soi'di. Tanpa membuang masa, kami terus bergegas ke sana. Hanya aku seorang yang ingat dan cam wajah tuan tremkol tersebut memandangkan aku yang membayar tambang semalam. Agak lama juga kami menantikan kehadirannya. Tiba-tiba dari jauh aku terpandang sebuah tremkol usang yang dipandu oleh orang arab yang kami tunggu. Kami terus bergegas mendapatnya. Tetapi dia seakan-akan tidak tahu apa-apa tentang perkara yang berlaku. Kami pun turut menjadi keliru. Untuk mendapatkan kepastian, kami cuba mendapatkan pertolongan seorang arab yang lain untuk menelefon hset Faris itu. Ternyata andaian pertama kami telah silap kerana orang yang sedang kami tunggu masih lagi dalam perjalanan dan dia meminta kami untuk menunggunya di kawasan menunggu teksi. Pulak dah.. Hmmm, di mana sebenarnya hset Faris telah tercicir? Siapa pula orang arab yang menjumpainya? Bolehkah kami percaya dengan kata-katanya kali ini?

Usaha mesti diteruskan. Kami pun pergilah ke lokasi yang diberitahu. Lebih kurang lima minit menanti, tiba sebuah teksi lalu pemandunya yang tidak kami kenali melambai-lambai tangan memanggil kami. Kami pun terus pergi kepdanya. Kemudian dia mengeluarkan dua buah hset dan bertanyakan yang mana satu hset kepunyaan Faris. Kami berpendapat dia mungkin mahu menguji kejujuran kami dan sudah tentulah Faris lebih mengenali hset miliknya. Selepas mendapat kembali hset yang dirindui itu, kami mengucapkan jutaan terima kasih beserta dengan pujian atas kebaikan dan kejujurannya. Kami turut menghulurkan sedikit wang tanda terima kasih namun dia menolak dengan sekeras-kerasnya. Elok juga hati kami berkata. Tetapi yang menjadi persoalannya, bagaimana hset Faris boleh berada di tangan pemandu teksi tersebut?

Sedang kami tengah berjalan, Faris teringat akan sesuatu. Dia memberitahu bahawa teksi tadilah yang dia naiki ketika mana hendak pergi ke Soi'di semalam. Bermakna, hsetnya telah tercicir di dalam teksi dan bukan di dalam tremkol. Tambahan pula, selepas lebih empat jam baru dia perasan yang hsetnya itu telah hilang. Mana kami tak bengang? Tergelak juga kami dibuatnya. Kalu ikutkan logik dan kebiasaan, memang agak mustahil untuk menjumpai hsetnya itu kembali. Tetapi sudah menjadi rezeki dan takdir Allah SWT hsetnya yang hilang itu berjaya didapatkan kembali. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran pada-Nya.


Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Eid Mubarak 2009

Wednesday, September 23, 2009

1 Syawal menjelma lagi. Aku masih lagi diberi nyawa oleh Maha Pencipta untuk menyambut hari kemenangan bagi Umat Islam diseluruh dunia. Tahun 2009 bersamaan 1430 Hijrah, sekali lagi aku tidak dapat beraya bersama keluarga di Malaysia. Sebenarnya memang sengaja aku memilih untuk beraya disini agar dapat beraya dan merasai suka duka bersama sahabat-sahabat seperjuanganku memandangkan ini mungkin kali terakhir aku dapat beraya di bumi Mesir ini.

Seperti biasa sambutan hari raya di sini bermula pada malam 1 Syawal selepas solat Isyak. Aktiviti dimulakan dengan menyediakan bahan-bahan untuk memanggang dan memasak disamping suara takbir raya bergema di corong suara komputer. Diselang-seli pula dengan lagu dan nasyid yang bertemakan hari raya agar dapat mendatangkan suasana dan semangat yang seakan-akan kami sedang menyambut aidilfitri di tanah air. Namun, suasana yang diharapkan itu masih terdapat kekurangan kerana tiada di samping ahli keluarga tercinta. Selurang-kurangnya,kesibukan bergotong-royong bersama rakan-rakan telah menghilangkan sedikit sebanyak rasa sedih dan sayu. Jika nak dibandingkan dengan nasib Umat Islam yang lain yang telah kehilangan keluarga dan saudara-mara, kami masih lagi sangat beruntung dan bersyukur pada-Nya.











Lebih kurang seawal jam 3 pagi, kami bergilir-gilir untuk menelefon keluarga masing-masing yang berada di Malaysia memandangkan waktu itu bersamaan jam 9 pagi waktu Malaysia. Ada yang sampai mengalirkan air mata syahdu ketika berkomunikasi dengan mereka dan aku pula secara jujur tidak berasa begitu sayu pada pagi itu. Aku pun tidak begitu pasti sebabnya. Tidak seperti raya sebelum ini dimana banyak juga air mata yang aku curahkan ketika mana mendengar suara ibu dan ahli keluargaku. Tapi kali ini mungkin disebabkan ibuku sudah biasa dan kalis dengan situasi ini, maka kesedihan dan kesayuan kurang kedengaran dalam setiap kata-katanya. Mungkin juga sekarang ini ibuku sudah semakin pandai berlakon dan mengawal emosinya dan aku pula berusaha menjadikan lakonannya itu berjaya.

Lebih kurang sejam selepas solat Subuh pada 1 Syawal, bergema takbir raya di udara yang menandakan solat sunat Aidilfitri semakin hampir untuk didirikan secara berjemaah. Sedikit kelainan yang telah dibuat di Masjid Umar pada tahun ini dimana kawasan untuk solat telah diperluaskan dan dihampar dengan permaidani serta direntangi dengan kain berwarna-warni. Mungkin ianya dibuat sempena kehadiran wakil rakyat kawasan Shoubra yang turut sama menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Umar.










Selepas selesai solat, sesi bergambar bermula sambil masing-masing bersalam-salaman memohon kemaafaan antara satu sama lain. Satu Syawal 1430 seperti biasa diakhiri dengan menjamu makanan yang telah disediakan bersama. Maka tamatlah raya pada hari itu.





Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Jemaah Solat Tarawih Di Iskandariah

Wednesday, September 16, 2009

Posting kali ini aku ambil daripada mesej yang telah difowardkan ke dalam emel aku pada malam 27 Ramadhan 1430 Hijrah bersamaan 16 September 2009. Sememangnya aku kagum dan sangat ta'ajjub dengan apa yang berlaku. Terdapat beberapa penambahan yang telah aku buat terhadap terjemahannya agar lebih mudah untuk difahami. Aku tidak begitu pasti tentang tahun dan tarikh sebenar gambar-gambar ini diambil. Maka sesiapa yang ada maklumat yang lebih lanjut tentangnya, diharap agar dapat dikongsi bersama. Saksi dan renungkanlah.

Gambar jemaah solat tarawih pada bulan Ramadan di Bandar Iskandariah
(sebuah pantai terkenal di Mesir)

Masha Allah. Allahu Akbar

اللهم زد هذا الجمع وبارك فيه هذه مصر ...
صور أفزعت العالم !!
المــكان : مدينـة الإســكندرية
المسجد : القائد إبراهيم - بمحطة الرمل حي الشاطبي وشاطىء الكورنيش
الشيخ : حاتم .. وهو من قـرّاء مدينة دمنهور إحدى المدن الصغيرة بجوار الإسكندرية
الزمان : صلاة التراويح شهر رمضان
هذه مصــر - أروع صور ممــكن تشوفها عن مصر
مليون مصلي
(الصور التي أفزعت المراكز البحرية الأمريكية)


Allah.. tambahkan jemaah ini dan muliakan didalamnya rakyat Mesir ini...
Gambar yang mengejutkan dunia !!
Tempat: Bandar Iskandariah Mesir
Sheikh (Imam): Imam Hatim dan beliau adalah seorang Qori daripada Damanhur
(sebuah bandar kecil yang berhampiran dengan bandar Iskandariah)

Masjid: Masjid Al-Qaid Ibrahim Hayyu Syatibi Mahattah Raml.
Jumlah : 1 juta pesolat
(Gambar ini mengejutkan Marine Amerika)






Sesiapa yang pernah sampai dan tahu tentang lokasi tempat ini, pasti akan berasa lebih luar biasa dengan situasi yang berlaku kerana ia adalah salah satu tempat yang sentiasa dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar Mesir. Ini bermaksud, lokasi ini bukanlah satu kawasan perumahan. Tambahan pula jalan rayanya sentiasa sesak dengan kenderaan-kenderaan yang melaluinya memandangkan ia adalah antara jalan utama yang menghubungkan timur dan barat bandar Iskandariah ini.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Duit Raya Bulan Puasa

Sunday, September 13, 2009

Kalau kat Malaysia aku dapat duit raya pada hari raya, tapi kat sini aku dapat duit raya pada bulan puasa. Nak panggil duit raya pun tak sesuai jugak sebenarnya sebab duit ni dapat pada bulan puasa. Tapi takkan nak panggil duit puasa kot? Hmmmm, ikutlah mana-mana pun, janji duit tetap duit. Persoalannya, siapa yang baik hati sangat tu yang bagi duit raya kat aku yang dah berumur lebih daripada dua dekad ni? Aku seorang saja ke yang dapat? Banyak ke? Ini pengalaman yang aku nak kongsi ni sebab bagi aku, ini adalah antara salah satu perkara yang boleh membuatkan aku kagum dan respek dengan bangsa arab mesir ni.

Sebenarnya, duit yang aku maksudkan tu ialah duit yang diberikan oleh seseorang hamba Allah kepada pelajar-pelajar wafidin(bangsa selain arab) yang belajar di bumi mesir ini termasuklah pelajar-pelajar Thailand dan Patani. Istilah yang lebih tepat lagi ialah tabarro' dan ianya lebih kurang macam sedekah. Aku pun baru je tahu pasal tabarro' ni. Itupun kebetulan aku datang ke Dumyat sebab nak rasa suasana Ramadhan kat sini. Kalau kat Kaherah, tak pernah lagi aku jumpa. Mungkin ada, tapi aku je yang tak tahu kot.

Sebelum seseorang tu nak buat tabarro', dia akan membertahu kepada mana-mana pelajar tempat dan waktu untuk membuat tabarro' ni. Pelajar tersebut bertanggungjawab menyampaikan dan memaklumkan kepada pelajar-pelajar yang lain. Kebiasaannya lebih kurang 200 orang pelajar yang hadir untuk terima tabarro' ni. Nilai tabarro' yang diterima oleh seorang pelajar tu tak la besar sangat, lebih kurang sepuluh hingga lima puluh genih seorang. Tapi bayangkan kalau seorang dapat 20 genih didarab dengan 200 orang pelajar, nilainya hampir lima ribu jugak tu. Tambahan pula hampir setiap hari ada orang buat tabarro' ni. Setakat empat hari aku berada kat dumyat ni, dah tiga kali dah aku dapat. Alhamdulillah, rizqun mina Allah.

Betul la orang kata, orang arab pada bulan puasa ni memang terserlah kebaikan diorang. Memang lah bukan semuanya baik, tapi majoritinya banyak yang baik berbanding yang buruk. Yang penting, apa yang baik pada diorang ni kita cuba contohi dan yang buruk tu jangan kita ikut. Sesungguhnya, setiap kejadian itu ada kelebihan dan kelemahan melainkan hanya Allah SWTT sahaja Yang Maha Sempurna.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Lailatu Al-Qadri

Friday, September 11, 2009

Memandangkan kesibukan yang melanda diriku dan berada di luar Kaherah, aku tidak dapat mengambil masa yang lama untuk posting kali ini. Maka aku cuba ringkaskan huraian yang berkaitan dengan malam Al-Qadr, malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini.

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (QS. Al-Qadar 1-5)



Aku ingin mengajak dan menyeru kepada para pembaca sekelian agar tidak akan membiarkan sepuluh malam terakhir Ramadhan ini berlalu tanpa mendapatkan keampuanan dan keredhaan Allah SWT.

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: “لَيْلَةُ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الْبَوَاقِى، مَنْ قَامَهُنَّ ابْتِغَاءَ حِسْبَتِهِنَّ، فَإِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَغْفِرُ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ

Dari Ubadah bin Shamit bahwa Rasulullah SAW bersabda : Malam lailatul qadar berada pada sepuluh malam terakhir, barangsiapa yang solat dimalamnya untuk mendapatkan pahalanya, maka Allah tabaraka wata’ala akan menghapus dosanya yang telah lalu dan yang akan datang (HR. Ahmad)


Rasulullah SAW masih tetap berusaha untuk memperbanyakkan amal ibadat pada sepuluh malam terakhir walaupun sudah dijanjikan syurga oleh Allah.

عَنْ عَائِشَةَ - رضى الله عنها - قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَوَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ.

Dari Aisyah berkata: “Adalah Rasulullah saw jika masuk sepuluh malam terakhir Ramadlan beliau menghidupkan malam, membangunkan keluarganya, bersungguh-sungguh dan mengencangkan sarungnya.” (H.R. Muslim).



Begitu juga dengan para sahabat Rasulullah yang turut mengambil peluang sepuluh terakhir Ramadhan ini untuk memperbanyakkan amal ibadat.

عَنْ عٌيَيْنَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمنِ عَنْ أَبِيْهِ قَالَ : ذَكَرْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ عِنْدَ أَبِيْ بَكْرَةَ فَقَالَ مَا أَنَا بِمُلْتَمِسُهَا بَعْدَ مَا سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ إِلَّا فِي عَشْرِ الْأَوَاخِرِ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَقُوْلُ اِلْتَمِسُوْهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ فِي الْوِتْرِ مِنْهُ قَالَ فَكَانَ أَبُوْ بَكْرَةَ يُصَلِّي فِي الْعَِشْرِين مِنْ رَمَضَانَ كَصَلَاتِهِ فِيْ سَائِرِ السُّنَّةِ فَإِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ اجْتَهَدَ

Dari Uyainah bin Abdul Ar-Rahman dari Bapanya: “Saya membicarakan lailatul qadar di sisi Abu Bakrah kemudian beliau berkata: “Saya tidak mencarinya kecuali pada sepuluh malam terakhir setelah saya mendengarnya dari Rasulullah saw. Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Carilah pada sepuluh malam terakhir iaitu malam-malam ganjil darinya. Lalu Bapa Abdurrahman berkata: “Abu Bakrah solat pada 20 malam pertama di bulan Ramadlan sama sebagaimana solatnya di hari-hari lain sepanjang tahun. Namun ketika memasuki sepuluh malam terakhir iapun bersungguh-sungguh.” (H.R. Ahmad)


Doa yang dituntut untuk dibaca pada malam-malam Ramadhan:

عَنِ بْنِ بُرَيْدَةَ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ قَالَ تَقُولِينَ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Dari Ibnu Buraidah ia berkata: Aisyah r.a. berkata: “Ya Nabi Allah bagaimana pendapatmu jika saya menjumpai malam lailatul qadar maka apa yang saya ucapkan. Beliau menjawab: Ucapkanlah: “Ya Allah sesungguhnya engkau maha pengampun dan mencintai orang-orang yang memohon ampun maka ampunilah saya”. (HR. Ahmad)


Masih belum terlambat untuk kita sama-sama menghidupkan malam kita dengan solat dan amal -amal ibadah yang lain hanya kerana Allah SWT. Semoga kesannya dapat dirasai bersama.

Wallahua'lam.


[+/-] Read More...

Nuzul Al-Quran

Monday, September 7, 2009


Hari ini tanggal 17 Ramadhan bersamaan Hari Nuzul Al-Quran Al-Kareem. Ramadhan menghampiri fatrah ketiganya dan semakin meninggalkan kita. Kalau di Malaysia, hari Nuzul Al-Quran ini sangat dinantikan kerana merupakan hari cuti umum bagi rakyatnya tidak kira apa jenis bangsa dan agama. Sekurang-kurangnya, masyarakat kita dapat tahu bahawa hari ini ialah antara hari yang sangat pernting dan bermakna dalam sejarah Islam sehinggakan diiktiraf menjadi cuti umum walaupun ramai lagi yang masih kabur dengan sejarahnya. Secara ringkasnya, Nuzul Al-Quran ini bererti penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Al-Quran ini disimpan oleh Allah di Luh Mahfuz dalam satu bentuk yang mana hanya Allah dan malaikatnya sahaja yang mengtahui. Daripada Luh Mahfuz diturunkan Al-Quran ini ke Baitul Izzah (langit dunia) sekaligus pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturun dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril AS secara berperingkat-peringkat selama tempoh 23 tahun.

Sempena kedatangan hari yang agung ini, marilah kita sama-sama memuhasabah diri msaing-masing. Antara persoalan yang patut timbul dikepala kita ialah berapa juzuk Al-Quran yang telah dibaca sepanjang bulan ini ataupun berapa kali kita sudah khatam Al-Quran pada bulan ini? Ini tidak bermakna hanya pada bulan Ramadhan sahaja kita dituntut untuk membaca dan khatam Al-Quran tetapi memandangkan ganjaran yang amat besar di sisi Allah bagi siapa yang membaca dan khatam Al-Quran di bulan Ramadhan ini berbanding pada bulan-bulan yang lain. Sungguhpun pada bulan-bulan selain Ramadhan jika dibaca satu huruf daripada Al-Quran akan diberi sepuluh kali ganjaran, maka lebih-lebih lagilah akan dilipat ganda ganjaran pahala jika Al-Quran dibaca pada bulan ini.

Sabda Rasulullah saw:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”

(HR Tirmidzi)

Sabda Rasulullah saw:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

Orang yang membaca Al-Qur’an sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an, tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya (belum lancar), dia akan mendapat dua pahala.”

(HR Bukhari & Muslim)

Sabda Rasulullah saw:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ

Bacalah Al-Qur’an karena dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya. Bacalah ‘Zahrawan” surat al-Baqarah dan Ali Imran, karena keduanya kelak hari kiamat akan datang menyerupai awan atau kumpulan burung yang melebarkan sayapnya yang akan membela orang yang membacanya. Bacalah surat al-Baqarah karena membacanya penuh berkah, meninggalkannya penyesalan dan para tukang sihir tidak akan bisa memperdaya

(HR Muslim)

Maka dengan sebab itu, aku menyeru kepada sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekelian agar menggunakan peluang dan kesempatan yang ada ini untuk sama-sama kita mendekatkan diri kita dengan Al-Quran agar dapat menjadi syafaat dan pertolongan pada hari akhirat kelak. Lawanlah hawa nafsu malasmu untuk membaca Qalam Allah ini paling kurang pun satu juzuk sehari. Diriwayatkan oleh Imam Dzahabi bahawa Ibnu Mas'ud biasanya mengkhatamkan Al-Quran dari hari Jumaat hingga ke hari Jumaat berikutnya manakala pada bulan Ramadhan beliau mengkhatamkan Al-Quran tiga hari sekali. Sa'id bin Jubar dan Aswab bin Yazid mengkhatamkan Al-Quran dua hari sekali. Rabi' bin Sulaiman berkata bahawa Imam Syafi'i biasanya mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 60 kali pada bulan Ramadhan. Masya Allah.

Semoga apa yang kita baca ini dapat menjadi motivasi kepada kita untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran Al-Kareem pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dan juga pada bulan-bulan yang lain.


Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

Facebook oh Facebook

Friday, September 4, 2009

Pening gak kepala aku bila tiba-tiba aku terima offline msg yang mengajak aku untuk meninggalkan facebook sedangkan aku baru je sign up facebook ni pada 31 Ogos baru-baru ni (sempena hari merdeka tu). Mungkin korang pun dah pernah terima mesej ni sebelum ni. Aku rasa isu ni pun dah lama tapi cuma baru sampai kat aku dan terkena pulak atas batang hidung aku. Selsema jugak aku dibuatnya. Ermmm, sebelum aku mengulas lebih lanjut, lebih baik kita sama-sama baca isi kandungannya dahulu.

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. . Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.


Mungkin sesetengah orang apabila mendapat mesej yang sebegini akan menerima bulat-bulat. Ada juga yang tidak mengendahkan lansung mungkin kerana mengangap tidak ada kaitan dengan dirinya ataupun mungkin kerana memang sifat semulajadinya yang tidak suka jaga tepi kain orang. Tapi bagi aku, aku memang tidak akan menerima perkara yang sebegini bulat-bulat jika tiada dalil yang sahih dan lebih-lebih lagi isu keagamaan dimasukkan sekali.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hujurat ayat k-6 :


" Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasik dengan membawa khabar maka telitilah kebenarannya agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu. "

Sedarkah kita bahawa isu-isu keagamaan ini seperti dimain-mainkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri sendiri memandangkan majoriti penduduk dunia adalah beragama Islam. Sebagai contoh apabila timbul isu boikot, ada sesetengah pihak yang busuk hati mengambil kesempatan dengan menyebarkan bahawa produk A adalah tidak halal padahal ianya halal. Dengan kata yang lain ia adalah fitnah. Kita juga turut menjadi mangsa kerana tidak dapat mengenal pasti apakah produk yang betul-betul halal sebenarnya. Yang lebih dasyat lagi, ada juga produk yang haram tetapi diiklankan sebagai produk yang halal. Nau'zubillahi min zaalik. Kalau nak selamat, tinggalkan yang apa yang diragui tu ataupun gunakan saja barangan HPA. (boleh claim buat iklan ni)

Begitu jugalah dengan isu facebook ni. Risalah-risalah yang mcm ni mmg biasa akan keluar jika sesuatu laman web itu berjaya menarik ramai org. Kalau nak ikutkan, 'yahoo' yg kita gunakan ni pun tak kurang bezanya. Kalau kita imbas kembali sepuluh tahun yang dulu, pernah keluar satu risalah yang menytakan bahawa 'yahoo' adalah nama Tuhan dalam satu bahasa.(aku pun dah lupa bahasa apa). Friendster pun pernah terkena juga wabak ni waktu zaman kegemilangannya dulu dan sekarang ni apabila facebook tengah naik disuruhnya kembali kepada friendster pula. Banyak lagi la sebenarnya kalu nak sebut. Aku masih lagi menggunakan laman-laman web ni tapi tak ada niat pun nk sokong puak-puak kafir ni mamandangkan itu saja yang aku tahu dan reti. Tambahan pula blogspot ni, aku pun tak tahu lah siapa tuan punya web ni, tapi yang pastinya unsur-unsur dan dakyah kristian memang sarat dalamnya. Diulang sekali lagi, tak ada niat sikit pun aku join blogspot ni sebab nak bagi kaya puak-puak kafir tu. Tapi gitulah, x reti gak nak syarah panjang-panjang. Satu perkara yang aku boleh kata ialah baik buruk sesuatu perkara itu bergantung kepada niat kita melakukannya.

Di sini, aku sertakan sekali beberapa komen daripada orang-orang yang berbeza. Sesiapa yang rasa komen-komen ni dia yang punya, boleh la tuntut kat kaunter hadiah tingkat atas imarah salim. Jika ada komen-komen yang lain lagi, harapnya dapat dikongsi. Mudah-mudahan kita dapat manfaat bersama.

1) Invisible :-
dengan nama ALLAH.. tolong tegur kalau fikiran ambe salah... kalu org islam xguna laman2 gini sbg salah 1 medan dakwah..apa akn jd dgn bdk2 muda zaman skrg yg kurang arif tntg islam n timing diorg bnyk d'habiskn dgn join facebook,bloger,fs or seumpama dgnnya.. (Allah yg lebih mengetahui)

2) Zihni :-
: huhu.
: kita nk wat cmne kn
: dh org islm sume x mmpu nk wat cmtu
: klau nk band sume brng2 yhudi amerika
: hndset
: sume brang2 teknologi sume x leh pkai
: ala phm2 je
: sume mmg tngk kat niat
: sbb kdng2 orng2 yg suke sgnt nk band2 ni dia x prnah cuba bnda2 cmtu
: cuba try skit
: msti nk pkai nye
: x pn diorng n sakt hati sbb brg diorg x laku

3) Zulfikri :-
: oo
: dulu ak pnh dengo asalnye fb ni 4 oxford students
: lbh krg gitu r
: then dulu kn pnh ade dngr cia ade pusat dlm fb ni kn?
: tp mmg www.. ni kn bowoh israel
: nk kate kite search yahoo pun bg keuntungn k israel
: pusat ye area2 kt amerika jgop
: amerika kn setimbun israel
: 200 juta org gop ak rase
: klu msuk fb tujuan nk kuat slturraim n seumpnye
: ak rase ok jer
: klujust nk mikat awek cn...
: baek g lagun

4) Samex :-
: aku xdop facebook
: hehe
: adoi la
: beh ke facebook?

5) Hafizuddin Sidek :-
: klu nk boikot molek la
: tp klu x boikot pn kita xbri stu sen pn ke dia
: yg sumbg xde sngkt ngn kita pn
: yg sumbang dgn cara dia wak iklan
: sape2 yg wak iklan kene la bayar ke face book tu
: kita ambil la hikmah dri mende tu
: walau pn asal dr org kapr (kafir)
: ak rse la
: klu nk ikut dosa
: tgk benda yg x molek memng la dosa
: tu kira bab ln la plk
: haha
: kn ad hadith
: al-hikmatu dollatul mukmin aina wajadaha fahuwa ahakku biha
: klu nk ikut boikot
: minum coca-ola tu pn xbleh dh
: huhu
: tp klu nk boikot pn
: bleh phala gk
: sbb niat tu baik
: ym ni pn
: bukan org Islam reka
: jgn sokong terus dh la
: puok2 kafir tu
: hikmah tu adalah sesuatu yg hilang dri org2 mukmin-beriman di mana sahaja dia menjumpainya (hikmah tu) dia adalah lebih berhak (untuk mngambilnya)
: gtu la lebih kurng mksud hadith tu
: jd
: niat molek la klu nk msuk face book tu
: klu buat mende2 x molek tu
: tanggung sndiri la

6) Hafiz Lutfi :-
: owh
: pnh bce
: lame dh bnda ni
: ak tatau kebenaran die
: ssh jgk nk pcaya bnda2 cmni
: entahla
: byk bnda ag klu kire bg keutungn kt kafir
: utube? pn kafir gop
: pdhl set islam ade je islamictube..
: adok org nk buke
: silap2
: islamictube.net

7) Aizuddin :-
: x tau la
: aku check kat wikipedia
: memang ye yahudi
: kadang agame die atheis
: x dop kabo plok ttg sumbang yahudi
: betul kot
: memang die dpt bnyk untung pun dr facebook

8) Hafiz :-
: huhu
: entah la
: aku wat jer akaun
: sebab sebelum ni
: ade doh masa frester tgh naik lu
: frenster x molek la
: x tahu la ku kesahihan

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan komen-komen yang lagi panas, copy link di bawah ini.




Wallahua'lam.




[+/-] Read More...

Perbanyakkan Amalan Sedekah

Thursday, September 3, 2009

Hari ini merupakan hari yang ke-13 Umat Islam seluruh dunia berpuasa. Sejauh mana Ramadhan kali ini mampu mentarbiyah kita, bergantung kepada cara masing-msing membuat pengisian sehingga hari yang ke-13 Ramadhan ini. Sekiranya hasil yang kita perolehi adalah positif, maka bersyukurlah kita kepada Allah s.wt kerana digolongkan dalam golongan orang-orang yang bertaqwa seperti mana Firman Allah s.w.t :

"Wahai orang-orang beriman telah difardhukan ke atas kamu ibadah puasa sepertimana
telah difardhukan ke atas kaum-kaum sebelum kamu moga-moga kamu bertaqwa."

Dalam satu hadis Rasulullah ada bersabda yang bermaksud :

"Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini,
ia akan berhasil melewati siroth pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
"

Namun sekiranya tiada perubahan lansung yang berlaku pada diri kita, hendaklah kita bersegera memohon keampunan daripada-Nya kerana dibimbangi telah tertutup hati-hati kita akibat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan dan berdoalah kepada-Nya supaya dibuka kembali hati-hati kita agar dapat masuk nur dan hidayah ke dalamnya. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan Allah di bulan yang agung ini (Ramadhan).
Kenanglah dengan rasa lapar dan haus mu, kelaparan dan kehausan dihari kiamat.
Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin."

Daripada hadis ini juga Rasulullah menyeru kita agar memperbanyakkan amalan sedekah terutamanya kepada golongan fakir dan miskin. Antara hikmah disyariatkan puasa ini adalah untuk kita dapat merasai penderitaan orang-orang fakir dan miskin yang mana golongan ini bukan selalu beroleh makanan dan ada dikalangan mereka sampai beberapa hari tidak dapat makan. Maka dengan itulah amalan bersedekah ini amat dituntut agar beban dan penderitaan golongan fakir dan miskin ini dapat berkurang. Sekurang-kurangnya mereka dapat merasai sedikit sebanyak nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita di dunia ini disamping kita mendapat pahala dan ganjaran yang amat besar disisi Allah dengan syarat ikhlas keranaNya.

Aku terpanggil untuk menulis karangan ini adalah disebabkan peristiwa yang berlaku kepada diriku dua hari yang lalu. Izinkan aku untuk bercerita dalam loghat Terengganu agar menjadi lebih mudah.*** Satu hari tu, ada seorang arab mari ketuk pintu rumah aku. Mula-mula aku x berani gak nak buka sebab aku takut tuan rumah aku (Salim) mari kutip duit sewa rumah untuk bulan 9. Aku bukan tak boh bayar, tapi masa tu aku ada 20 genih je skeping. Tapi bila aku dengar molek cara dia ketuk pintu tu, aku rasa org lain (bukan Salim). Aku pun buka gok lah pintu tu. Ternampaklah aku seorang wanita arab berdiri depan pintu rumah aku dan dia meminta apa-apa saja yang boleh aku berikan kepadanya (kebiasaannya duit yang dimaksudkan). Aku pun kabo lah ke dia yang aku tak dok pitih nk bagi ke dia. Padahal boleh je aku bagi ke dia segenih dua, dokpun aku bahang je duit dapur. Aku pun tutup pintu dan terus gi kat komputer. Aku pun x tahu macam mana aku boleh terdetik nk buka satu folder ni. Dalam folder tu ada text document tazkirah pasal sedekah. Aku pun baca. Tiba-tiba aku rasa mcm nyesal je x bagi duit ke wanita arab tadi sbb kalu nk diikutkan bukannya aku dok mampu stakat nk wi segenih dua tu. Mcm2 lah perkara yg bermain dalam kepala otak aku. Aku pun try buka laci kot2 ada jupe duit syiling lebih2. Sedor2 ada sungguh, banyak pulak tu. Kejut gok aku. Aku pun x mikir banyak terus gi cari smula wanita arab tadi. Alhamdulillah, ditakdirkan aku jupe smula nga dia. Aku pun bagi lah duit tu ke dia. (biasanya org arab ni kalu kita sedekah atau bagi sesuatu, diaorang akan ucapkan doa utk kita). Lepas tu, aku pun x tahula bakpe mata aku rasa mcm nk ngalir air mata je. Tapi memang aku rasa tenang sungguh lepas tu. Maka sebab itulah aku terdetik hati untuk menulis berkaitan dengan sedekah kali ini.***

Ingin aku mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada sahabat-sahabat sekelian agar janganlah kita rasa rugi untuk bersedekah walaupun kadang-kadang asyik orang sama yang meminta sedekah. Di sini, aku juga ada mendatangkan beberapa buah cerita yang berkaitan dengan hikmah dan kelebihan bersedekah. Moga-moga dapat menjadi iktibar dan memberi keinsafan agar sentiasa 'ringan hati' untuk menghulurkan sedekah kepada golongan-golongan yang memerlukan.


1) Sepotong Roti, Pengemis dan Serigala

Diriwayatkan bahawa pernah suatu musim kemarau menimpa Bani Israil dalam beberapa tahun yang berterusan. Ada seorang perempuan memiliki sepotong roti. Diletakkannya roti itu pada mulutnya untuk dimakannya. Tiba-tiba datang seorang pengemis di depan pintu dan berkata, “Berilah aku kerana Allah, sepotong roti sahaja.”
Perempuan itu mengeluarkan roti itu dari mulutnya dan diserahkannya kepada pengemis itu. Kemudian ia keluar ke padang belantara untuk mencari kayu.
Dia mempunyai seorang anak kecil yang turut dibawanya bersama. Tiba-tiba datang seekor serigala dan menangkap anak kecil itu serta membawanya lari. Terdengar suara jeritan. Bersegeralah perempuan itu mencari jejak serigala. Lalu Allah SWT mengutus Malaikat Jibril a.s dan mengeluarkan anak itu dari mulut serigala. Diserahkannya anak itu pada ibunya seraya berkata padanya, “Hai perempuan hamba Allah, puaskah engkau sesuap roti diganti dengan keselamatan anak?”

Perempuan itu menjawab, “Ya.”

Terdengar suara mengatakan, “Demikianlah balasan kepada orang-orang yang mengasihani orang-orang miskin dan kelaparan. Kami selamatkan dan kami pelihara sebagai balasan bagi orang yang berbuat baik.”



2) Seekor Helang, Nabi Sulaiman dan Pemilik Pemohon

Ada seekor helang datang menghadap kepada Nabi Sulaiman a.s bin Dawud a.s. Berkatalah helang itu, “Wahai Nabi Allah, ada seorang lelaki yang memiliki sebatang pohon dan aku mengerami telurku di atas pohon itu. Tetapi dia mengangkat anak-anakku, lalu dibawanya pulang.”

Nabi Sulaiman a.s memanggil lelaki pemilik pohon dan melarang perbuatan itu. Berkatalah Nabi Sulaiman a.s kepada dua syaitan: “Aku memerintahkan engkau berdua, jika datang tahun depan dan lelaki itu mengambil anak dari burung ini, maka tangkaplah dia dan belahlah dia menjadi dua bahagian. Lalu lemparkan sebahagian di dunia timur dan sebahagian lagi di sebelah barat.”

Ketika datang tahun itu, pemilik pohon lupa pesan Nabi Sulaiman a.s dan dia hendak memanjat pohon. Tetapi sebelum memanjat, dia sempat bersedekah dengan sesuap makanan. Lalu diangkatnya anak burung itu dan di bawanya pulang. Burung helang datang menghadap kepada Nabi Sulaiman a.s dan melaporkan perbuatan pemilik pohon. Nabi Sulaiman a.s memanggil dua syaitan dan bermaksud menghukum kedua-duanya. Nabi Sulaiman a.s berkata: “Mengapa kamu berdua tidak melaksanakan tugas yang aku perintahkan?”

Mereka menjawab: “Wahai Khalifah Allah, sesungguhnya pemilik pohon ketika hendak memanjat pohon itu kami bermaksud menangkapnya. Tetapi kerana dia telah bersedekah kepada seorang lelaki muslim dengan sepotong roti, maka Allah mengutus dua malaikat dari langit, sehingga mereka menangkap kami berdua dan melemparkan kami. Seorang dari kami dilemparkan ke dunia timur dan yang lain dilempar ke dunia barat dan dihalangilah usaha kami untuk mencelakakannya disebabkan sedekahnya.



3) Gara-gara Bubur Kental

Diriwayatkan bahawa Junaid Al-Baghdadi setelah wafat, kedudukannya digantikan oleh seorang lelaki yang bernama Muhammad Al-Hariri. Dia telah bermukim di Makkah setahun dengan tidak pernah berbuka (selalu berpuasa) dan tidak tidur, tidak menyandarkan punggungnya pada dinding dan tidak pernah menjulurkan kedua kakinya.
Setelah umurnya mencapai enam puluh tahun dia duduk pada maqam wali Quthub. Maka ada orang bertanya kepadanya, “Keajaiban manakah yang pernah engkau lihat?”

Dia menjawab, “Ketika aku sedang duduk di sebuah sudut, tiba-tiba seorang pemuda datang masuk dengan tidak bertudung kepala, tidak beralas kaki, rambutnya kusut dan wajahnya pucat. Dia mengambil air wuduk dan mengerjakan solat dua rakaat. Kemudian menyembunyikan kepalanya ke dalam kerah bajunya hingga tiba waktu Maghrib. Lalu dia mengerjakan solat Maghrib bersama kami. Kemudian menyembunyikan kepalanya lagi ke dalam kerah bajunya.

Secara kebetulan pada malam itu ada jemputan dari Khalifah Baghdad untuk orang-orang sufi supaya memberikan nasihat, maka kami bermaksud keluar untuk memenuhi jemputan itu. Aku berkata pada pemuda fakir itu, “Hai seorang fakir, apakah engkau mahu keluar bersama kami untuk memenuhi jemputan Khalifah?”

Dia menjawab, “Aku tidak mempunyai keperluan dengan Khalifah. Tetapi aku hanya menginginkan engkau membawakan bubur kental untukku.”

Berkatalah aku dalam hati, “Dia tidak sependapat dengan aku untuk memenuhi undangan dan dia hanya ingin sesuatu dariku. Lalu aku meninggalkannya dan datang di majlis Khalifah. Kemudian aku datang lagi di sudut tempatku yang biasa. Aku melihat pemuda itu seolah-olah dia sedang tidur. Maka aku pun tidur. Dalam tidur itu aku bermimpi melihat Rasulullah SAW bersama dua orang tua yang bersinar wajahnya, sedang di belakang baginda ada serombongan besar yang bersinar seluruh wajahnya.

Ada orang mengatakan kepadaku, “Ini adalah Rasulullah, di sebelah kanannya adalah Nabi Ibrahim Khalilullah dan di sebelah kirinya adalah Nabi Musa Kalimullah. Sedang rombongan di belakangnya adalah seratus dua puluh empat ribu Nabi salawatullaahi ‘alaihim ajma’in.”

Menghadaplah aku kepada Rasulullah SAW untuk mencium tangannya, tetapi baginda memalingkan wajahnya dariku. Kemudian aku berbuat demikian untuk kedua dan ketiga kalinya dan baginda tetap memalingkan wajahnya dariku. Bertanyalah aku, “Ya Rasulullah, kesalahan apakah yang aku lakukan? Mengapa engkau memalingkan wajahmu dariku?”

Baginda memandangku dengan wajah yang memerah seperti yaqut merah kerana mulianya. Baginda bersabda, “Ada seorang fakir dari orang-orang fakir kami menginginkan bubur kental darimu, tetapi engkau kikir dan engkau biarkan dia dalam keadaan lapar pada malam ini.”

Terbangunlah aku dengan ketakutan dan gementar seluruh persendianku. Lelaki muda itu telah pergi dan aku tidak dapat menjumpainya di tempatnya yang biasa. Maka aku pun keluar dan tiba-tiba aku melihat pemuda itu sedang bersiap sedia hendak pergi. Aku berkata, “Hai pemuda, demi Allah yang telah menciptakan engkau, bangunlah sesaat hingga aku datang kepadamu dengan bubur kental.”

Tetapi pemuda itu memandangku dengan tersenyum. Dia berkata, “Hai Syeikh, siapa yang menginginkan sesuap bubur kental dari engkau? Lalu bagaimana engkau dapat bertemu dengan seratus dua puluh empat ribu Nabi yang datang kepadamu dengan memberikan syafaat untuk sesuap bubur kental?” Dia berkata begitu lalu menghilang.

Waallahua'lam.

*Dipetik Dari Buku: 3003 Memori - Kumpulan Cerita Ajaib, Aneh & Mencuit Hati

[+/-] Read More...

Ramadhan Di Bumi Anbiya'

Tuesday, September 1, 2009

Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia kasih sayang-Nya yang telah mengizinkan aku sekali lagi dapat merasai dan menjalani ibadah bulan Ramadhan di bumi anbiya' Mesir ini. Bagiku Ramadhan yang sedang aku tempuhi ini sedikit sebanyak telah mampu mentarbiyah diriku untuk lebih mendaekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta walaupun baru sahaja masuk fatrah kedua bulan Ramadhan iaitu fatrah Keampunan dimana sebelumnya fatrah Rahmah dan selepasnya fatrah Dihindari Dari Api Neraka.

Dikesempatan ini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang aku jalani dan rasai sepanjang berada di Mesir pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Aku juga dapat merasakan perbezaan yang begitu ketara antara suasana menyambut Ramadhan di Mesir dan di Malaysia. Masyarakat disini lebih menghargai dan memeriahkan bulan Ramadhan berbanding bulan Syawal(Hari Raya Aidilfitri). Kalau masyarakat kita di Malaysia akan menerangi halaman-halaman rumah dengan lampu dan pelita apabila hampir menjelang Syawal, manakala masyarakat disini sebelum tiba Ramadhan telah berbuat demikian.


Di sini ketika mana solat Tarawih, bilangan makmum yang datang untuk solat Tarawih berjemaah di masjid-masjid akan bertambah dari sehari ke sehari hinggalah ke akhir Ramadhan. Berbeza pula di Malaysia diamana semakin mengakhiri Ramadhan, semakin merosot jumlah makmum yang datang. Ini mungkin disebabkan faktor sibuk membeli-belah untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dan kurang kesedaran serta kefahaman dikalangan masyarakat kita. Di sini kebiasaannya solat Tarawih berjemaah dilakukan sebanyak lapan rakaat dan menghabiskan satu juzuk lebih semalaman. Namun begitu, jumlah makmum yang datang tetap ramai sehinggakan terpaksa solat di atas jalan raya di luar masjid.


Antara perkara lain yang menarik di dini ialah Maaidatu Ar-Rahman. Maaidatul Ar-Rahman ini ialah majlis berbuka puasa secara percuma yang dianjurkan oleh seseorang individu ataupun jemaah tertentu dan ia dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadhan dimerata-rata tempat di Mesir. Majlis berbuka puasa ini terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira darjat atau pangkat untuk menghadirinya. Majoriti masyarakat yang hadir ialah fakir miskin yang mana golongan ini mungkin hanya dapat merasai makanan-makanan yang enak ketika mana bulan Ramadhan sahaja. Begitu juga dengan segelintir masyarakat Melayu di Mesir yang turut memanafaatkan Maaidatu Ar-Rahman ini untuk berjimat.

Rasulullah s.w.t bersabda : "Wahai manusia! Barangsiapa diantaramu memberi buka kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu."


Selain itu, alunan Al-Quran banyak kederangan dimana-mana tempat sama ada di dalam bas, metro, teksi, pasar, dan lain-lain lagi. Membaca Al-Quran di tempat awam sudah menjadi kebiasaan dan bukan suatu kejanggalan bagi masyarakat Mesir. Bahkan orang lain akan turut diam dan menghayati bacaan Al-Quran yang dibaca oleh seseorang individu itu. Bayangkan pula jika situasi ini berlaku di Malaysia, sudah tentu orang sekeliling akan memandang pelik dan menjadi hairan.

Itulah antara sedikit sebanyak perbezaan suasana pada bulan Ramadhan di Mesir dan Malaysia yang dapat aku rasai dan dikongsi bersama. Oleh sebab itulah aku rasa amat bersyukur kerana diizinkan untuk berada di sini pada bulan Ramadhan Al-Kareem ini. Jika aku berada di Malaysia, sudah tentu dipaksa ataupun terpaksa menjadi imam solat Tarawih. Walaupun hasilnya agak berbaloi, tapi dari sudut tadabburnya, ikhlas dari hatiku merasakan adalah lebih baik tidak menjadi imam kerana ianya bukanlah suatu tugas dan tanggungjawab yang ringan. A'la kulli hal, setiap perkara yang berlaku itu ada positif dan negatifnya.

Wallahua'lam.

[+/-] Read More...

☼☼☼ FLASH Al-QURAN ☼☼☼
Al-Quran Versi Flash
☼☼☼ ARRAHMAH.COM ☼☼☼
 
Esmaa3 Kalaami © 2009. Template renew and edited by in_saff03.