Al-Quran Dihina

Friday, October 23, 2009


Lepas satu-satu penghinaan yang dibuat terhadap agama yang diredhai Allah ini. Jika dulu heboh pasal kartun yang menghina Rasulullah SAW, kini sedang hangat tentang sebuah kumpulan di facebook yang menghina ayat-ayat suci Al-Quran. Kumpulan yang
dok tahu mende kale ini (bahasa yang agak lembut) dinamakan ‎‎koran toilet paper roll‎.

Bermula daripada cadangan Kareem Sherif iaitu seorang pemilik kepada kumpulan We want Facebook to close this group “qoran toilet paper” yang telah mencadangkan agar memboikot facebook selama 3 hari sebagai tanda protes terhadap facebook yang mana telah membiarkan kumpulan dok tahu mende kale ini bergiat secara terang-terangan. Untuk maklumat yang lebih lanjut pasal tujuan dan cara memboikot yang telah disepakati, sila berkunjung ke sini (KLIK)

Aku dah laksanakan apa yang patut. Harapannya mana-mana yang ada akaun facebook ni dapat berbuat perkara yang sama. Tak susah dan menyusahkan pun. Masalah berhasil atau tidak, itu diluar kuasa kita. Apa yang penting, tunjukkan bahawa kita bukannya jenis hamba yang berdiam diri apabila Kalam Tuhan kita dihina dan diperlaku sedemikian rupa. Sedangkan orang yang bukan Muslim pun ramai yang marah, inikan pula kita seorang Muslim.

Wallahua'lam.

5 comments:

shabat sejati... said...

slm....kita kena boikot sampai bila2 laaa....bkan utk sari dua jei...ke guane ustz.....

gummybear said...

saya dh bca link yg awk bg..
knapa perlu boikot 3 hari jer??
knapa x boikot selama2 nye jer??

Duan said...

ermmm, betul tu...
tu lah, ni tempoh percubaan...
bab kate 'bos besar', tindakan yg lebih tegas akan dilakukan jika x berhasil...

kalu ada yg nk boikot utk selama-lamanya pun itu lebih baek...
tapi pada pandangan sy,(just my opinion) facebook ni masih ada manfaatnya kerana ia mempunyai rangkainnya yang sangat luas.
Jadi, dengan adanya hubungan rangkain seluruh dunia ni, ia boleh digunakan sebagai medium berdakwah.
Sy sebagai salah seorang member facebook ni mengaku mmg banyak terdapat perkara yg dimaksudkan walaupun mmg diakui unsur² negatifnye juga sangat banyak.
Apa yg peting, kita jgn melihat fungsi facebook ni dlm kontek yg lebih luas bukan semata-mata di Mlysia..

Contoh :
1)Oleh kerana facebook mempunyai rangkain seluruh dunia, ia telah digunakan sebagai medium altenatif utk menyebarkan kebenaran. Sewaktu serangan amerika terhadap negara² Islam, gambar² dan situasi sebenar banyak disalurkan di facebook. Jika nk dibandingkan dgn chanel² antarabangsa yg lain, banyak yg telah ditapis.

2)Sewaktu sayrikat nike ada meletakkan kalimah Allah pada kasut keluarannya, ia juga telah disiarkan dlm facebook. Maka dengan rangakaian yg luas ini, perkara tersebut dapat sampai kepada org ramai seluruh dunia..

Banyak lagi sebenarnya..Ianya lebih kurang sama je... Kesimpulannya facebook ini jika digunakan dengan betul, ia boleh menjadi sumber altenatif yg sangat luas. Contohnya akhbar Harakah yg mnjadi altenatif kpd akhbar rasmi mlysia yg banyak terpesong kebenarannya...

Kadang² facebook ni fungsinya mampu menjadi lebih lagi berbanding dengan blogspot mahupun wordpress, ianya bergantung kepada mcm mane kite memunafaatkannya...
Jika hendak diikutkan pada pengasasnya seorang Yahudi, blogger pun belum tentu lagi pengasasnya seorang Muslim...
Jika faktor pengasas dan sumbanganya dijadikan penyebab utk boikot, sy mencadangkan agar tidak digunakan terus internet ni kerana 'www' ni sendiri adalah kepunyaan Yahudi.

sila lihat di blog archive September 2009 (Facebook Oh Fcaebook). Disini mungkin ada penjelasan yg berbeza...

p/j : ust pendangan je ni...
jgn pulak digunakan sebagai hujah... okey..?

wallahua'lam...

abu muaz said...

jahat puok-puok ni. kita je lembut sangat.

Duan said...

ye doh or..
awok² ye x penoh kena bahang api agi kot..

☼☼☼ FLASH Al-QURAN ☼☼☼
Al-Quran Versi Flash
☼☼☼ ARRAHMAH.COM ☼☼☼
 
Esmaa3 Kalaami © 2009. Template renew and edited by in_saff03.