Kepada Pengguna BSN

Wednesday, November 11, 2009


Baru-baru ni Bank Simpanan Nasional (BSN) telah membuat peraturan baru (KLIK). Dipendekkan cerita, mana-mana pengguna yang masih lagi menggunakan kad BSN VISA PLUS hanya boleh membuat urusan di mesin ATM BSN sahaja. Secara automatiknya, pengguna-pengguna BSN yang sekarang ini ada di Mesir dan kawasan-kawasan yang seakan-akan denganya tidak akan dapat membuat urusan sama ada mengeluarkan duit ataupun memeriksa baki akaun selagi mana tidak membatalkan VISA PlUS dan bertukar kepada BSN MATRIX sebab di sini tiada mesin ATM BSN.


Mungkin dah ramai yang perasan perkara ni tapi tak tahu apa puncanya. Sebelum ni pun memang dah banyak kali berlaku masalah ni, tapi lepas dua tiga hari ok balik. Aku bukan apa, bimbang kot² ada yang tertunggu-tunggu dan terus menunggu. Terutama member aku sorang ni yang duduk kat Dumyat. Pernah sekali hari tu dalam bulan puasa dia tengah tak ada duit. Dia pun pergi cucuk kat bank, tapi mesin ATM pulak yang buat hal. Seminggu lebih la jugak. Ahli bait pulak semua hilang entah ke mana. Nasib baik masa tu bulan puasa. Ada Maaidatul Ar-Rahman. Kalau tak, tikus masak merah lah bakal menjadi hidangannya.

Sori bro, sekali lagi terkeluar cerita pasal lu.. hihii

Bukan tu motif utama aku sebenarnya. Kalau ikutkan maklumat yang aku terima daripada kawan aku, aku perlu scan borang tu kemudian isi dengan cap jari sekali. Pastu lepas siap, aku perlu hantar borang tu kepada waris-waris aku di Malaysia untuk diserahkan kepada pihak bank. Sama ada pos atau kirim kat sape² yang nak balik Malaysia. Susah jugak tu.

Apa yang aku nak kongsi sini, aku juga mengalami masalah yang sama dan aku telah maklumkan kepada mak aku pasal ni. Sekali lagi aku pendekkan cerita. Mak aku pun pergi ke salah satu cawangan bank BSN di Kuala Terangganu untuk mengetahui lebih lanjut. Pastu mak aku suruh aku sms kat dia alamat aku kat Bumi Anbiya' ni dan tunggu selepas tempoh 24 jam.

Keesokan harinya aku pun dengan langkah yang agak terhuyun-hayang(sbb baru habis iddah kafarah dosa) menuju ke bank yang berhampiran. Dimulakan dengan lafaz Bismillahi tawakkaltu a'la Allah, aku memulakan operasi mengeluarkan kandungan dalam mesin ATM tu. Ternyata bunyi-bunyian yang terhasil daripada perut mesin tu menandakan kandungannya bakal keluar. Ngeheee~~ Alhamdulillah Ya Robb.

Jadi orang kaya aku hari tu. Setelah sekian lama membedal gula rumah bawah, kini diorang pula yang membedalnya daripada rumah aku. Tapi tak nak ngaku. Haha.. Hmmmm, aku pun tak nak panjangkan cerita sebab tadi aku dah pendekkan. Kesimpulannya, sesiapa yang ada masalah macam aku, cubalah minta tolong orang kat Malaysia bertanya secara lansung kepada pihak bank macam mana cara nak selesaikannya. Mudah-mudahan, Allah permudahkan.

Wallahua'lam.

7 comments:

@MBe said...

haha..us wan jd org kaya.patut r hadralmaut mlm ni.ade bau je...

org senang dh leni...xigt dh ke umah bawah.time xdok gula br nk igt umah bawah kot...

xpe la,esok leh bahang gula plak deh.klu gula de ilang tu,paham2 la deh.mtk halal dlu ni.haha:p

Duan said...

huu??
Ana buzz blake doh tadi..
smalam rumah anta..
mlm ni rumah ana la pulak..

ambek la...gula je!
jangan sampai bekas gula yg ilang...
hahaa...

Putra Al-Maliki said...

bukan ker kad bsn matrix tue juge dilengkapi dengan visa plus.. patutnyer x jadi masalah la kan...

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Solehah said...

oo..dah panjang lebar diterangkan tu..harap kawan2 dapta la manfaat..tp kan sikit komplen bsn suka tukar2 atm card..tak consistent then menyusahakn pengguna la sebab kena pi tukar2..tp dik dah lama kan keluar perintah kena tukar ke matriks..hehe..dah sejak itu la saya tak pakai bsn lagi..

Duan said...

ha..
tu la pasal..
mula2 ari tu matrix, pastu visa plus, lening nk kena tukor matrix bali..
menyusahkan betul la.. kan kan?

abu muaz said...

BSN ---- bank suka nyusahkan orang....

Duan said...

ahakss..

☼☼☼ FLASH Al-QURAN ☼☼☼
Al-Quran Versi Flash
☼☼☼ ARRAHMAH.COM ☼☼☼
 
Esmaa3 Kalaami © 2009. Template renew and edited by in_saff03.